Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

7 Kru Hilang Susulan Nahas Helikopter MSDF Dilapor Meninggal Dunia

Kementerian Pertahanan Jepun mengisytiharkan kematian tujuh kru yang disenaraikan sebagai hilang sejak perlanggaran dua helikopter peronda Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (MSDF).

Memetik laporan Xinhua, perkara itu diberitahu dah disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan mereka, Minoru Kihara.

“Saya merasa kesal kerana kami berusaha keras mencari mereka. Saya juga berasa sedih untuk keluarga mereka,” katanya sekali gus menambah bahawa MSDF akan terus mencari jasad kru dan bangkai helikopter berkenaan.

Foto: Xinhua

Bilangan kematian akibat nahas helikopter itu meningkat kepada lapan orang, dengan hanya satu mayat berjaya ditemui setakat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, dua helikopter SH-60K, masing-masing membawa empat anggota MSDF, berlanggar dan terhempas semasa latihan malam pada 20 April di perairan berhampiran Kepulauan Izu, kira-kira 600 km selatan Tokyo.

Pada 2019, sebuah jet siluman F-35A terhempas ke dalam laut selepas berlepas dari timur laut Jepun dalam misi latihan. Juruterbang, yang maut dalam nahas itu, dikatakan mengalami kekeliruan ruang.

Pada Januari 2022, sebuah jet pejuang Jepun terhempas di perairan wilayah Ishikawa tengah, membunuh dua juruterbang.

Foto: The Japan Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

November tahun lalu sebuah pesawat tentera Osprey milik tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di Jepun, membunuh kesemua lapan orang di dalamnya, dalam rentetan kemalangan maut terbaharu.

Ini mendorong keputusan oleh AS pada bulan berikutnya untuk mendaratkan pesawat di seluruh dunia. Jepun juga memberhentikan armada pesawat yang sama.

Sumber: Xinhua

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd