Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

7 Individu Meninggal Dunia Ketika Agihan Makanan Sumbangan Malaysia

Sekurang-kurangnya tujuh orang rakyat Palestin dilaporkan meninggal dunia dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel di kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza ketika agihan makanan sedang dilakukan.

Menurut pegawai kesihatan Palestin, kejadian berlaku ketika petugas dalam persiapan untuk memulakan proses pengagihan barangan asas makanan termasuk pek makanan yang dihantar oleh Ops Ihsan.

Pengerusi Sekreterian Induk Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, Israel bagaimanapun dilihat enggan bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Artikel lain: Sebanyak 25,000 Permaidani Baharu Dipasang Di Masjidil Haram Sempena Ramadan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sejak lima bulan yang lalu, konflik Gaza telah menyebabkan 2.3 juta penduduk di kawasan itu kehilangan tempat tinggal. Pada masa yang sama, penduduk-penduduk ini juga terpaksa berebut ketika pengagihan bantuan akibat kelaparan yang melampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

7 individu meninggal dunia ketika agihan makanan

Sementara itu, Sekreteriat Induk Ops Ihsan dengan tegas mengutuk dan mengecam sekerasnya serangan ini di saat rakyat Palestin sedang berusaha mendapatkan keperluan makanan demi kelangsungan hidup.

Dalam pada itu, Sekreteriat Induk Ops Ihsan juga menggesa dunia untuk terus mendesak Israel untuk menghentikan apa yang dipanggil pencerobohan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza selain menggesa agar tentera Israel ditarik balik dari Gaza dengan kadar segera.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd