Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

67 PATI Ditahan! Perkampungan Haram Diserbu Imigresen, Siap Ada Sekolah Lagi

Kira-kira 67 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) di sebuah perkampungan di Nilai Spring, Nilai, Seremban awal pagi semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah JIMNS  Kennith Tan Ai Kiang berkata, perkampungan haram berkeluasan kira-kira 06 hektar itu berkemungkinan sudah diwujudkan lebih setahun lalu.

Ai Kiang berkata, pasukan operasi yang turut dibantu pihak Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terpaksa berjalan kaki melalui kawasan hutan sejauh 1.2 kilometer sebelum sampai ke lokasi.

“Penempatan haram ini berada di kawasan permukaan bumi yang tidak rata dan berpaya serta dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar yang mendatangkan risiko kecederaan tinggi kepada semua pegawai yang melaksanakan operasi itu.
“Hasil risikan dijalankan selama sebulan, penempatan ini menjadi satu perkampungan yang memiliki kemudahan persekolahan mengikut sukatan pendidikan negara jiran…
“…serta dilengkapi beberapa unit set generator sebagai punca kuasa elektrik,” katanya.

Hasil serbuan, kesemua dipercayai warga Indonesia yang ditahan berusia antara dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kesemua mereka dipercayai tinggal di penempatan terbabit bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.
“Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif bagi mengelak daripada ditangkap,” ujarnya.

Tambah Ai Kiang, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Operasi dijalankan selepas terdapat aduan dan maklumat orang awam dan kesemua tahanan itu ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro (1) & (2)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd