Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

45 Terperangkap Akibat Kepala Air Ketika Pertandingan Memancing

Seramai 45 orang termasuk tujuh kanak-kanak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air ketika pertandingan memancing di sebuah kolam berhampiran Kampung Longob, Jalan Tandek, Kota Marudu pada Isnin.

Menurut satu laporan Beerita Harian, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 4.11 petang, semalam.

Foto: Berita Harian

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Dusin Sagaron digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, terdapat kira-kira 45 orang terperangkap di seberang sungai akibat kepala air. Kejadian itu turut menyebabkan jambatan di sungai berkenaan rosak dibawa arus deras,” katanya.

Beliau juga berkata, sebelum insiden kepala air itu berlaku, semua mangsa sedang menjalankan aktiviti pertandingan memancing yang dilakukan di kolam berhampiran kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Tangkap Layar Media Sosial

“Bomba menyelamat semua mangsa menggunakan tali dan tangga.
“Semua mangsa terdiri daripada 23 lelaki dan 15 wanita dewasa serta tujuh kanak-kanak berjaya diselamatkan. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” tambahnya lagi.

Riki juga memaklumkan operasi ditamatkan pada jam 6.47 petang selepas memastikan semua dalam keadaan selamat.

Sumber: Berita Harian (Juwan Riduan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd