Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

34,389 Panggilan Kebakaran Tahun Lalu, Anggaran Kerugian RM2.6 Bilion – Kor Ming

Sebanyak 34,389 panggilan kebakaran telah diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang tahun lalu.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming, anggaran kerugian daripada kebakaran tersebut berjumlah RM2.6 bilion.

“Kerugian RM2.6 bilion bukan jumlah yang kecil dan sebenarnya jumlah ini lebih besar daripada Belanjawan 2024 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Kempen Keselamatan Sempena Tahun Baru Cina 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa sepanjang tempoh OPS Tahun Baru Cina 2023, sebanyak 747 kes kebakaran direkod dan 13% daripadanya adalah kebakaran melibatkan bangunan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Kor Ming berkata Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan dan Kempen Keselamatan merupakan agenda tahunan kementerian di bawah seliaan JBPM.

34,389 panggilan kebakaran tahun lalu

Ia merupakan satu medium terbaik untuk tujuan pendidikan, penguatkuasaan, pencegahan dan pemantauan ke arah meningkatkan kesedaran rakyat dalam keselamatan terutama pada musim perayaan.

Artikel lain: MICT Dijangka Siap 2026, Tarik Tambahan 15.8 Juta Pelancong Menjelang 2036

“KPKT menyambut baik inisiatif pihak bomba ini kerana ia merupakan satu langkah yang proaktif dan berkesan ke arah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
“Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dalam aspek keselamatan terutama ketika musim perayaan.
“Dalam kegembiraan kita untuk menyambut perayaan ini, selain aspek keselamatan di jalan raya, kita juga tidak boleh mengambil mudah akan aspek keselamatan pencegahan kebakaran terutama di kediaman masing-masing.
“Rumah yang ditinggalkan perlu dipastikan berada dalam keadaan selamat dan hapuskan punca-punca yang boleh mencetuskan kebakaran,” katanya.

Pada majlis yang sama, KPKT dan JBPM turut mengagihkan alat pemadan api kepada Pasukan Bomba Komuniti, Emergency Response Team (ERT) dan Pasukan Bomba Sukarela serta pengguna jalan raya.

“Objektif pengagihan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat tentang kepentingan penggunaan alat pemadam api terutamanya dalam aspek pencegahan awal bagi kebakaran di bangunan dan juga kebakaran kenderaan,” ujarnya.

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah penyampaian sijil Perakuan Bomba kepada premis-premis yang dikategorikan sebagai premis yang ditetapkan dan mematuhi keperluan kebombaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd