Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

25 Tahun Kerja Angkat Pelancong, Tulang Belakang Gajah Ini Bengkok Buat Selamanya

Seekor gajah yang bernama Pai Lin dari Bangkok terpaksa menangung kesakitan seumur hidup apabila tulang belakangnya sudah membengkok selepas lebih 25 tahun kerja sebagai mengangkat pelancong.

Menurut laporan Kosmo, difahamkan Pai Lin kini tinggal di pusat menyelamat hidupan liar terbesar di Thailand dan dibenarkan hidup secara bebas tanpa sebarang kawalan.

Bukan itu sahaja, Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand (WFFT) yang mendedahkan keadaan terkini Pai Lin untuk meningkatka kesedaran mengenai kesan kepada penggunaan haiwan dalam industri pelancongan di Thailand.

Apa yang menyedihkan, gajah merupakan haiwan yang digunakan untuk ‘trekking’ menghabiskan sepanjang hari dengan mengangkut mahout (pengendali), kumpulan pelancong dan howdah (tempat duduk) yang berat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibat dengan tekanan yang berterusan, ia menyebabkan kerosakan pada bahagian tisu dan tulang belakang sekali gus menjadikannya sebagai cacat kekal yang tidak dapat dipulihkan.

Pengarah Projek di WFFT, Tom Taylor memaklumkan meskipun gajah dikenali dengan kekuatan dan saiznya, namun punggungnya tidak direka secara semula jadi untuk menanggung berat kerana tulangnya memanjang ke atas.

“Tekanan berterusan pada tulang belakang gajah daripada pelancong boleh mengakibatkan kerosakan fizikal kekal, seperti yang boleh dilihat pada Pai Lin,” jelasnya lagi.

Sekadar info, industri pelancongan atau pembalakan di Thailand telah menggunakan kira-kira 3,000 gajah dan Pai Lin antara yang diselamatkan oleh WFFT.

Sumber: Kosmo 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemergian sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu semalam mengundang rasa sayu dalam kalangan...

Dunia

Seorang wanita menangis sewaktu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali di hadapan umum selepas didapati bersalah berzina dengan iparnya. Tak kuat tahan sakit Video...

Lokal

Malang tidak berbau, seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal ditungganinya dipercayai gagal memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan treler. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam...

Lokal

Rezeki tak disangka, seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat...

Advertisement