Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aktiviti Berkelah Bertukar Tragedi, Dua Beradik Lemas Di Pulau Mentigi

Kegembiraan sebuah keluarga untuk berkelah di Pantai Pulau Mentigi di Mersing bertukar duka apabila dua beradik ditemui lemas dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.25 petang, Selasa.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Nur Awatif Udaima Mohd Hisam, 15, dan adiknya Ahmad Uwais Al Qarni, 13, dipercayai lemas ketika sedang mandi-manda bersama ahli keluarga yang lain.

Foto: Harian Metro

Menurut Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 sebelum melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) di lokasi kejadian.

Sebuah bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Bot Perkasa 44, digerakkan ke kawasan kejadian sejurus operasi diaktifkan.

“Mangsa pertama, Nur Awatif, berjaya ditemukan oleh komuniti setempat kira-kira jam 4.30 petang,” katanya.

Foto: Berita Harian

Tambah beliau, pencarian seterusnya menemukan mayat adik mangsa, Ahmad Uwais kira-kira dua jam kemudian pada jam 6:30 petang oleh pasukan penyelamat komuniti.

Kedua-dua jenazah kemudian dibawa ke Jeti Pulau Tinggi sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohamad Fahd Rahmat)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd