Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

1,912 Calon Simpanan Doktor Kontrak Dilantik Isi Baki Kekosongan Jawatan Tetap

Seramai 1,912 calon simpanan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pengawai farmasi dilantik untuk mengisi baki kekosongan jawatan tetap.

Ia selaras dengan permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 25 dan 26 September lalu.

Kelulusan tersebut melibatkan sejumlah 1,226 calon simpanan pegawai perubatan, 216 calon simpanan pegawai pergigian dan 470 calon simpanan pegawai farmasi.

Menerusi satu kenyataan KKM hari ini, pelantikan itu selaras dengan kekosongan sedia ada dan kelulusan penjawatan tetap oleh agensi pusat pada tahun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Urusan tawaran pelantikan tetap dan penerimaan tawaran oleh calon simpanan sedang dilaksanakan menerusi Sistem Tawaran Pelantikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (MySTP SPA) dalam tempoh 21 hari bermula pada 2 Oktober lalu.

Calon juga diberikan pilihan untuk memilih penempatan secara dalam talian menerusi sistem e-placement yang mana setiap pegawai mempunyai sistem tersendiri.

Bagi pegawai perubatan, sistem yang digunakan ialah sistem e-housemen, sistem e-dentist untuk pegawai pergigian dan sistem e-pharmacist untuk pegawai farmasi.

Namun begitu, berdasarkan kepada pengisian semasa, jumlah kekosongan jawatan di Lembah Klang dan wilayah tertentu sangat terhad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh kerana itu, mana-mana pegawai termasuk pasangan yang berkhidmat dalam salah satu perkhidmatan boleh merancang dan memilih penempatan di luar Lembah Klang termasuk pendalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mana-mana pegawai yang memilih penempatan luar Lembah Klang akan mendapat kelebihan dari segi kos sara hidup, mendapat insentif seperti Bayaran Insentif Wilayah dan pegawai boleh mendapatkan pengalaman kerja yang berbeza

Pemilihan penempatan pula diwajibkan di e-placement bagi tujuan pengesahan melapor diri bertugas dan pelantikan akan ditarik balik jika pegawai gagal membuat pemilihan penempatan.

Tarikh pilihan penempatan adalah berbeza bagi setiap pegawai yang mana untuk pegawai perubata bermula pada 9-11 Oktober dan 12-14 Oktober 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala pemilihan penempatan pegawai pergigian ialah pada 9-11 Oktober dan pegawai farmasi pada 16-19 Oktober sahaja.

Calon yang mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan boleh membuat rayuan melalui google form bermula pada 9 Oktober hingga 25 Oktober 2023.

Calon akan menerima pemakluman penempatan di peringkat fasiliti daripada JKN mulai 14 November 2023 dan tarikh lantikan calon akan berkuatkuasa pada tarikh lapor diri iaitu 18 Disember 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd