Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

18 Akaun TikTok Organisasi Media Disekat, MCMC Berhubung Dengan TikTok

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan berhubung 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, menurut maklumat awal, semua akaun itu disekat kerana membuat laporan berkaitan kes cabul di sebuah masjid di Batang Kali yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan, minggu lalu.

Banyak akaun TikTok organisasi media disekat

TikTok organisasi media

“Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadang kala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham bahawa organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.
“Jadi saya telah minta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media supaya tak dikenakan tindakan sedemikian rupa di masa depan,” katanya.

TikTok organisasi media

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kursus AI in the Newsroom anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), kursus pertama dalam siri program latihan berkaitan AI untuk profesional media.

Fahmi ulas isu akaun TikTok organisasi media disekat

Sementara itu, beliau berkata, pelaporan berhubung kes cabul itu adalah laporan biasa seperti yang dibuat lazimnya oleh organisasi media dan tidak seharusnya menjadi isu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tak Berminat, Elon Musk Tiada Rancangan Beli TikTok

TikTok organisasi media

“Pelaporan itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Jadi di situ saya nampak masalah AI yang perlu TikTok jelaskan kepada kami dan kemudian jelaskan juga kepada syarikat-syarikat media,” ujarnya.

Difahamkan, TikTok memaklumkan mereka telah meningkatkan penggunaan AI-content moderation yang adakalanya menyebabkan salah faham berhubung kandungan dimuat naik di platform berkenaan.

“Jadi di situ saya nampak ada peluang untuk kita bincang dengan pihak TikTok beri kelonggaran, atau pun mungkin beri status yang berbeza untuk syarikat-syarikat media kerana mereka membuat pelaporan dan kita pun ada garis panduan atau pun kod etika kita sendiri, jadi di situ TikTok perlu faham,” jelasnya.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd