Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah ‘Tamatkan’ Nyawa Pelajar Kolej Vokasional

Tiga belas orang remaja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional Lahad Datu pada Mac lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, kesemua tertuduh menjawab faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol, Mahkamah Tinggi Tawau hari ini.

Foto: my.worldorgs.com

“Mahkamah menetapkan 10 hari tempoh perbicaraan dengan tarikh perbicaraan masing-masing bermula 18 hingga 20 November dan 25 hingga 29 November depan.
“Pihak pendakwaan dijangka memanggil seramai 10 hingga 12 orang saksi untuk memberi keterangan sepanjang tempoh perbicaraan itu,” tulis laporan tersebut.

Kesemua tertuduh yang lengkap berpakaian serba putih itu juga akan ditahan reman bermula hari ini di Jabatan Penjara Tawau sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

“Mereka yang berusia 16 hingga 19 tahun dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada kira-kira jam 9 malam 21 Mac hingga 7.35 pagi 22 Mac lalu,” tambahnya.

Terdahulu, kesemua mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 2 April lalu atas pertuduhan secara bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suryana dan Hurman Hussain, manakala peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Amirul Amin Rashid dan Chen Wen Jye mewakili sembilan remaja selain peguam Abdul Ghani Zelika mewakili seorang remaja dan tiga lagi tidak diwakili peguam.

Foto: Sabah News Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 24 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 22 Mac lalu, mangsa ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian tubuh di sebuah bilik asrama kolej itu.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). Foto:...

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM)....

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau Rob Friend meluahkan hasratnya untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia. Hasrat bawa Malaysia ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd