Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

13 Individu Ditahan Terbabit Kartel Pindah Milik Tanah

Enam wanita antara 13 yang ditahan termasuk penjawat awam kerana disyaki terbabit dengan kartel pindah milik tanah secara tidak sah membabitkan sebuah pejabat tanah dan daerah di Selangor.

Menurut laporan Kosmo! Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang penolong pegawai daerah pada awal bulan ini.

Polis terima 50 laporan penipuan skim pelaburan 'Kakaue', kerugian cecah RM18 juta

Foto: Carian Google

Pengadu tampil membuat laporan polis selepas mendapati wujud beberapa transaksi pindah milik tanah yang mencurigakan dan berlaku secara tidak sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan yang dijalankan mendedahkan terdapat sindiket dan kartel di dalam pejabat tanah yang menjalankan kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.
“Sindiket ini dipercayai mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod penting pindah milik.
“Setakat ini dipercayai terdapat enam transaksi pindah milik secara tidak sah membabitkan enam bidang tanah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK, Menara KPJ, semalam.

Ramli berkata, susulan siasatan yang dijalankan, pihaknya menahan 13 individu terdiri daripada tujuh lelaki dan enam wanita berusia lingkungan antara 26 hingga 59 tahun.

Beliau berkata, antara suspek yang ditahan itu adalah kakitangan di pejabat tanah dan daerah terbabit, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Ramli berkata seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun kerugian RM1.08 juta wang simpanan persaraan selepas menjadi mangsa ‘phone scam’.

Tambahnya, mangsa tampil membuat laporan polis di Pulau Pinang, semalam dan menyatakan menerima panggilan dari individu mengaku kononnya pegawai dari ‘Tabung Haji’ pada 18 Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kartel pindah milik tanah: 13 termasuk kakitangan pejabat tanah ditahan - Kosmo Digital

Foto: Kosmo!

“Mangsa dimaklumkan akaun miliknya didapati terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram. Seterusnya mangsa dihubungi oleh seorang yang mendakwa dari Balai Polis Ampang yang kononnya akan membuat siasatan terhadap pengadu.
“Mangsa turut diingatkan supaya tidak menceritakan perihal siasatan tersebut kepada orang lain atau mangsa akan ditangkap,” tambahnya.

Ramli berkata mangsa juga diarahkan ‘melaporkan diri’ lima kali sehari kepada ‘Puan Suraya’ yang kononnya seorang pendakwa raya.

“Mangsa diarahkan membuka akaun bank baharu dan memindahkan semua wang miliknya ke akaun bank tersebut dan menyerahkan butiran perbankan akaun kepada pihak sindiket.
“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila bercerita perkara tersebut kepada anaknya,” ujarnya.

Woman arrested in ‘PA Jewellery’ and ‘Paddy Jewellery’ gold investment scam linked to RM48.5m fraud | Malay Mail

Foto: Malay Mail

Semakan lanjut mendapati wang dari akaun bank yang baharu dibuka mangsa itu sudah dipindahkan ke beberapa bank yang belum dikenal pasti melalui 60 transaksi berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tegas beliau, JSJK komited untuk memerangi kegiatan jenayah komersial yang bukan sahaja menjejaskan individu, tetapi menggugat integriti sistem pentadbiran tanah negara.

Sumber: Kosmo! Online (Azmi Nordin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd