Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

10,160 Pelajar Tidak Duduki SPM 2023 Boleh Mohon GiatMARA – Asyraf Wajdi

Kesemua 10,160 pelajar yang tidak menduduki SPM 2023 boleh membuat permohonan di mana-mana 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.

Maklumat tersebut diberitahu dan disahkan sendiri oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Facebook miliknya, semalam.

Foto: FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menurutnya, program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) yang ditawarkan di institusi tersebut boleh bantu menyediakan latihan kemahiran sehingga ke peringkat tertinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“GiatMARA juga telah mengenal-pasti bidang-bidang baharu yang diperlukan di pasaran.
“Ini termasuk bidang-bidang berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), Robotik, kenderaan elektrik (EV), kenderaan tenaga boleh diperbaharui (REV) dan banyak lagi,” katanya di laman Facebook.

Foto: New Straits Times

Dalam pada itu, beliau menjelaskan program TVET MARA dijalankan dengan kerjasama rapat bersama pemain-pemain industri agar tenaga mahir yang dilatih di GiatMARA dapat menjamin peluang pekerjaan.

Malah, GiatMARA sedang membuat kajian secara holistik semua programnya agar berdaya maju dan mampu menyediakan tenaga mahir mengikut piawaian pasaran dan industri di peringkat antarabangsa.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap manusia dijadikan ALLAH SWT punya kekuatan tersendiri. Yang kurang cemerlang dari segi akademik yang berorientasikan membaca dan peperiksaan bertulis, boleh cemerlang dalam bidang kemahiran seperti bidang TVET.
“Langkah itu selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara untuk memastikan TVET menjanjikan gaji premium kepada anak muda dan menjadi pilihan utama kerjaya masa depan,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan mendedahkan sejumlah 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius jumlah itu dan ia perlu ditangani dan diteliti agar langkah intervensi dapat dilakukan.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd