Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

10 Lelaki, 5 Wanita Ditahan Susulan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak

Seramai 15 individu yang terbabit aktiviti masak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini ditahan polis pada Ahad.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata seramai 10 lelaki dan lima wanita telah ditahan melibatkan kes tersebut.

Foto: Borneo Post Online

Individu-individu ini telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita juga akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Sekadar info, sebuah kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis susulan tular video memaparkan aktiviti memasak mi segera di kawasan sebuah stesen minyak baru-baru ini.

15 individu ditahan masak mi segera di stesen minyak

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata mereka menerima laporan pada 14 Mei lalu sekitar 12.35 tengah hari berhubung dengan klip video sekumpulan individu sedang melakukan perbuatan itu.

Artikel lain: Lakaran Fotofit Suspek Simbah Asid Didedahkan, PDRM Minta Orang Ramai Beri Maklumat

“Hasil siasatan mendapati klip video berkenaan dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.
“Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu video di platform X memaparkan beberapa individu yang terperangkap di stesen minyak kerana kesesakan jalan di Genting Highlands.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Individu-individu itu kemudian mengambil keputusan untuk memasak menggunakan dua dapur gas mini di kawasan stesen minyak itu.

Walaupun pihak polis datang ke stesen minyak tersebut, individu-individu itu seakan-akan tidak berasa takut namun meneruskan aktiviti memasak mereka.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Lokal

Pemandu kereta Proton Persona yang kritikal selepas kemalangan di Kilometer 71 Jalan Johor Bahru–Mersing pada petang Jumaat disahkan meninggal dunia pada malam Sabtu. Kamilin...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Lokal

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap Rosmaini Abdul Raof selepas mendapati hukuman terdahulu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd