Stesen siaran tvOne bersuara selepas kenderaan yang dipandu oleh lima pekerjanya mengalami insiden yang teruk sehingga mengorbankan nyawa di Tol Pematang-Batang, Jawa Tengah pada pagi Khamis.
Menurut laporan Kompas, kenderaan tvOne mengalami insiden setelah dilanggar truk ekspedisi dari arah belakang ketika memarkirkan kereta di tepi bahu jalan.
Foto: Carian Google
Wakil pembaca liputan tvOne, Felicia Amelinda Dewi Priatna, 24, menyampaikan berita dengan penuh sebak berkata, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu Sunardi dan dua wartawan, Marwan dan Alwan Syahmidi.
Menurut keterangan Felicia, kenderaan yang ditumpangi oleh kru tvOne sempat berehat dahulu di rest area untuk melaksanakan solat Subuh.
Foto: X @aingriwehuy
Kenderaan tersebut kemudian meneruskan perjalanan, namun terdapat masalah kerana bahagian cermin hadapan kereta itu kotor akibat debu jalan dan mengakibatkan pengelap cermin tidak berfungsi dengan baik, harus dibersihkan secara manual.
“Kami akhirnya berhenti di bahu jalan. Saat itu itu tiba-tiba kami dilanggar dari belakang,” jelas Felicia dengan nada sebak ketika membuat liputan di Youtube tvOne.
Ekoran daripada insiden itu, tiga orang kru tvOne meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua mangsa lain dilaporkan selamat walaupun mengalami luka yang parah.
Wakil tvOne berkata, kru yang menjadi korban insiden tersebut merupakan kru dari produksi program penyiasatan “Fakta.”
Foto: Detik Jateng
Sebelum insiden, mereka berniat melakukan perjalanan ke Gresik, Jawa Timur untuk membuat laporan dan tugas liputan.
“Kecelakaan yang mengakibatkan hilangnya insan terbaik kami. Kendaraan yang ditumpangi kru dengan nombor plat B 1048 DKG.
“Mereka merupakan orang kuat stesen kami dan banyak jasa baik mereka ketika bertugas,” luah penyampai berita tvOne.
Foto: Detikcom
Terkait dengan insiden itu, pemilik stesen tvOne menyampaikan pesanan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Foto: TV One
“Kami komited untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan kejadian ini,” ujarnya.
Sumber: Kompas