Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian.
Menerusi perkongsian di TikTok Storie.my, lelaki itu berkongsi bahawa dia jarang mengambil cuti, termasuk semasa Hari Raya, dan bekerja dari pukul 1 tengah hari hingga 12 tengah malam.
“Saya sudah berusia 71 tahun. Saya bekerja untuk belanja rumah. Saya tak off semasa Hari Raya pun saya berkerja juga.
“Saya kerja dari 1 tengah hari hingga 12 tengah malam. Kalau hujan saya pakai ‘raincoat’,” ujarnya.
Usia 71 Tahun Bukan Penghalang Jadi Penghantar Makanan
Artikel lain: Pemuda OKU Teman & Betulkan Tudung Nenek Dalam KTM Raih Perhatian
Keadaan motosikal yang digunakannya juga menarik perhatian ramai kerana usianya mencecah 20 tahun dan sering mengalami kerosakan.
“Motosikal ini sudah lama, usianya dalam 20 tahun. Dulu semasa saya kerja sebagai pemandu lori, saya sudah guna motorsikal ini.
“Ia seperti kawan baik saya, seolah-olah ada perasaan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet tersentuh melihat semangat warga emas itu.
Malah ada yang menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan bagi meringankan bebannya.
Sumber: TikTok storie.my
