Tugu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pertubuhan Freemason di Bandar Tasik Senangin, di sini, didapati dimusnahkan malam tadi, menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin, berkata pihaknya masih tidak mengetahui secara tepat siapa yang memecahkan tugu berkenaan.
“Saya baru sahaja dapat berita bahawa tugu ‘panas’ yang dibina di Bandar Tasik Senangin, dirobohkan. Pelaku tidak dapat dipastikan, kerana mereka melakukan ketika cuaca mulai gelap.
“Saya berharap, penduduk sekitar kekal bertenang dan jangan mengambil tindakan sendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tugu Panas Dimusnahkan
Bagaimanapun, terbaharu menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan tuan tanah berkenaan mengarahkan tugu berkenaan dirobohkan.
Sementara itu, Pengerusi KRT Bandar Tasik Senangin, Sahat Kahar, berkata pihaknya turut terkejut dengan kejadian itu walaupun Skim Rondaan Sukarela (SRS) diminta membuat rondaan berkala di kawasan berkenaan.
“Kalau nak diikutkan, malam tadi penduduk berdekatan mendengar ada orang melakukan sesuatu di tugu berkenaan sebelum membuka lampu dan hubungi polis.
“Polis segera datang, namun tiada sebarang kerosakan pada tugu berkenaan. Difahamkan, individu bertanggungjawab cuba mengambil batu yang berukiran di atas tugu itu,” katanya.
Artikel lain: Dua Beranak Dibunuh : 3 Lagi Ditahan, Suami Mangsa Akan Dibebaskan Esok
Menurut Sahat, batu marmar berukiran berkenaan kini hilang dan hanya tapaknya sahaja yang tinggal dalam keadaan pecah.
Pihaknya menyerahkan kes itu kepada polis untuk menjalankan siasatan dan mengenalpasti pelakunya.
Sebelum ini, media melaporkan penduduk di kawasan perumahan itu meluahkan rasa tidak selesa dengan kewujudan tugu yang dikaitkan dengan pertubuhan Freemason.
MBS berkata binaan itu dibina di atas tanah persendirian dan pihaknya sudah mengeluarkan notis di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Sumber: FB YB Asna










































