Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hasil Tuaian Pertama Bawang di Kelantan Capai 18.4 Tan, Kurangkan Kebergantungan Import

Projek penanaman bawang di Kelantan mencatat hasil tuaian pertama sebanyak 18.4 tan, satu langkah yang dijangka dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bawang.

bawang

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Bernama, Pengarah Pertanian Kelantan, NorBahani Zakaria, berkata hasil tersebut melibatkan bawang merah varieti Baw 1 dan Baw 2, ditanam di kawasan seluas 4.6 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Telong.

Artikel lain: Ditanam Secara Haram, Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI, D24 Ditebang

Projek rintis ini dijalankan sejak Jun lalu oleh 10 petani menggunakan kaedah konvensional dan fertigasi gantung.

“Kami melakukan tuaian pertama kerana tanaman telah mencapai peringkat matang iaitu kira-kira dua bulan. Setakat hari pertama, pengusaha bawang berjaya meraih 250 kilogram. Kami menjangkakan jumlah ini akan meningkat sehingga mencapai sasaran 18.4 tan menjelang akhir bulan ini,” katanya.
bawang

Foto: FB Bernama

NorBahani berkata hasil tuaian pertama ini disasarkan untuk pasaran tempatan termasuk pasar raya, dengan harga ditetapkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan mengikut harga semasa.

Beliau menambah, projek penanaman ini akan diperluas ke jajahan lain seperti Tanah Merah, Pasir Mas dan Jeli, dengan sasaran pengeluaran 100 metrik tan menjelang akhir tahun melalui penanaman di tanah seluas 30 hektar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
bawang

Foto: FB Bernama

“Projek ini melibatkan lebih 50 pengusaha di jajahan lain. Inisiatif kerajaan negeri bersama Persekutuan bukan sahaja mampu meningkatkan pengeluaran bawang tempatan, malah memperkukuh sekuriti makanan negara, mengurangkan kebergantungan terhadap import dan membuka peluang ekonomi kepada usahawan tani di Kelantan,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd