Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Isu Dokumentasi: TMJ Tak Setuju Setiausaha FAM Digantung Tugas -“Bukan Masa Nak Salahkan Sesiapa..”

TMJ Tak Setuju Setiausaha FAM Digantung Tugas

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa tindakan menggantung Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berhubung isu pemain warisan adalah langkah yang tidak sepatutnya berlaku.

Baginda menekankan bahawa ketika ini bukan masa untuk menuding jari, sebaliknya semua pihak dalam FAM perlu memikul tanggungjawab bersama dan mencari jalan penyelesaian terbaik demi masa depan pasukan kebangsaan.

“Saya tidak bersetuju. Secara jujurnya, saya rasa penggantungan terhadap Setiausaha Agung FAM tidak patut. Saya tidak setuju dengan tindakan itu.
“Bagi saya, semua pihak perlu memikul tanggungjawab ini. Termasuk Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan, Rob Friend dan semua yang terbabit.
“Saya tidak berminat bermain permainan menyalahkan. Kita di sini untuk mencari penyelesaian. Apa penyelesaian terbaik untuk pasukan kebangsaan? Saya tidak berminat untuk menyalahkan sesiapa, tetapi saya mahu cari jalan bagaimana kita boleh selesaikan perkara ini,” titah baginda pada sidang media,hari ini.

Artikel lain: Isu Dokumentasi : FAM Sahkan Setiausaha Agung Digantung Tugas Serta-Merta

TMJ Tak Setuju Setiausaha FAM Digantung Tugas

Pada 17 Oktober lalu, Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram memaklumkan bahawa Noor Azman digantung serta-merta selepas keputusan tatatertib dikeluarkan berhubung isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum itu, FAM dan tujuh pemain terbabit iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM turut dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM10,560) serta digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Sumber: Buletin TV3 (Zulfaizan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd