Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Unsur Jenayah, Polis Klarifikasi Insiden Putra Heights Sebagai NFA

Polis Selangor mengesahkan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah, sabotaj atau kecuaian.

Tiada unsur jenayah, sabotaj atau kecuaian

Memetik laporan daripada Kosmo! Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan siasatan telah dijalankan secara menyeluruh dan pihaknya berpuas hati tiada elemen khianat dalam kejadian tersebut.

“Kita berpuas hati dan kita tutup kes ini buat masa ini, tetapi boleh dibuka pada bila-bila masa jika ada maklumat baharu,” katanya.

Tiada unsur jenayah dalam kejadian di Putra Heights

Beliau juga menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tambahan berkaitan insiden berkenaan agar menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan lanjut sekiranya diperlukan.

Dalam sidang media yang sama, Hussein turut menjelaskan bahawa kerja pembinaan lot kedai pejabat serta penggantian paip pembentung di lokasi kejadian telah dilaksanakan mengikut piawaian dan garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pembinaan dan kerja penggantian tersebut dilakukan mengikut garis panduan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Jabatan Alam Sekitar dan Petronas,” jelas beliau.

Menerusi laporan berita sebelum ini, pihak berkuasa menyatakan bahawa tiada bukti menunjukkan kejadian letupan berpunca daripada sabotaj atau kecuaian teknikal.

Tiada Unsur Jenayah

Artikel lain: Insiden Putra Heights: Paip Gas Sementara Selamat Beroperasi 1 Julai, Proses Pemulihan Ikut Piawaian Antarabangsa – JKKP

Walaupun kes ini kini diklasifikasikan sebagai NFA, pihak berkuasa tetap bersedia membuka semula siasatan jika muncul bukti baharu. Orang ramai disaran untuk terus bertenang dan memberikan kerjasama sekiranya diperlukan pada masa akan datang.

Sumber: Kosmo! (Mohd Yusuf Yakkub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd