Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pegawai AKPS Direman 4 Hari, Dipercayai Terlibat Aktiviti ‘Pasport Terbang’

Seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) direman empat hari bermula hari ini selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti ‘pasport terbang’ di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) semalam.

Pegawai berusia 32 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti ‘pasport terbang’

Menerusi kenyataan rasmi AKPS, Komander AKPS BSI, Roszita Dim menyatakan kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika pasukan Unit Integriti memantau Dewan Penumpang Masuk BSI dan memeriksa pegawai lelaki berusia 32 tahun yang bertugas di kaunter MyBorderPass.

“Pemeriksaan mendapati pegawai lelaki tersebut membawa dan menyimpan dua telefon bimbit semasa bertugas serta tidak membuat tindakan serah terima telefon bimbit di kaunter penyelia sebelum itu,” katanya.

Pelaku aktiviti ‘pasport terbang’  di kaunter MyBorderPass

Siasatan seterusnya menemui lapan pasport warga asing yang mana enam dari China dan masing-masing satu dari Indonesia dan Vietnam disimpan dalam beg hitam di ruang penyimpanan motosikal Honda Vario milik pegawai itu.

Roszita menegaskan pegawai terbabit gagal mematuhi Arahan Pentadbiran Bil.01 Tahun 2024 mengenai tatacara membawa, menyimpan atau menggunakan alat telekomunikasi semasa bertugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

pasport terbang

Artikel lain: Dakwaan Simpan 12 Pasport Asing Di Pinggang Seluar, Pegawai Imigresen Disiasat

Pegawai itu kini direman mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, dengan semua pasport, motosikal dan telefon bimbit dirampas.

Roszita mengingatkan pegawai AKPS di semua pintu masuk negara agar mematuhi arahan integriti jabatan dan tidak berkompromi dengan aktiviti menyalahi undang-undang.

Sumber: Facebook Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd