Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Terima Tawaran Ocean Infinity, Kerajaan Setuju Pencarian MH370 Diteruskan Semula

Jemaah Menteri telah memberikan persetujuan secara prinsip untuk menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang 10 tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, susulan mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada 13 Disember lalu.

Pencarian semula MH370

mh370

Foto: Berita Harian

Operasi pencarian baharu ini akan meliputi kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di kawasan Selatan Lautan Hindi dan dilaksanakan berdasarkan prinsip ‘tiada penemuan, tiada bayaran’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Yuran RM160 Untuk Naik Taraf Lesen Kelas B1, B2 Ke B – Loke

“Mengikut prinsip ‘no find, no fee’, kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat ini sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat ditemui.
“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan oleh Ocean Infinity adalah berasaskan kepada maklumat serta analisis data terkini yang dibuat oleh pakar dan penyelidik,” kata Loke semasa sidang media yang diadakan hari ini.

Pada Mei lalu, kerajaan telah meneliti cadangan firma penerokaan dasar laut, Ocean Infinity yang mahu meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam penerbangan pada Mac 2014.

Difahamkan, Anthony Loke telah berjumpa dengan organisasi tersebut untuk berbincang secara mendalam berkaitan bagaimana untuk memulakan semula misi pencarian pesawat MH370.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak Kementerian Pengangkutan dikatakan sedang membuat merunding terma dan syarat perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity yang dijangka akan dimuktamadkan pada awal tahun 2025.

Keputusan prinsip ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan dalam memastikan operasi pencarian diteruskan dan memberikan penutup (closure) bagi keluarga waris penumpang pesawat MH370.

Katanya lagi, masa yang sesuai untuk memulakan misi pencarian tersebut adalah antara Januari hingga April tahun depan. Sehubungan itu, perjanjian antara syarikat yang berpengkalan di United Kingdom perlu disegerakan.

“Jika tiada penemuan, tiada bayaran akan diberikan, namun jika pihak syarikat berhasil menemui pesawat itu, kos (ditetapkan Ocean Infinity) adalah AS$70 juta, sama seperti yang ditetapkan sebelum ini (pada Januari 2018),” katanya.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Dunia

Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan telah dikasari dan mengalami penderaan fizikal...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd