Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Masuk UM Bukan Penamat, Tapi Permulaan Rezeki – Lelaki Cina Kongsi Kisah Inspirasi

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama.

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki itu menjelaskan sekiranya tidak berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya bukan bermakna ia pengakhiran hidup dalam mencari ilmu kerana mendakwa pusat pengajian itu terlalu kompetitif untuk menempatkan diri.

Kongsi perjalanan lanjut pengajian di UM

lelaki cina Kongsi perjalanan lanjut pengajian di UM

Oleh itu, Norman menceritakan perjalanannya menuntut ilmu sehingga berjaya menjadi salah seorang alumni Universiti Malaya di peringkat Sarjana.

“Saya tidak memperoleh CGPA yang cemerlang tetapi saya bersyukur dengan keputusan 3.42. Dalam SPM 2004, saya memperoleh 10A (7A1, 3A2). Saya memohon hampir semua biasiswa utama yang ditawarkan ketika itu, tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.
“Kenapa? Kerana saya membuat kesilapan dalam permohonan dan tidak mengoptimumkan peluang yang ada. Maklumat pada masa itu sangat terhad, dan saya sekadar buat apa yang saya tahu, rupa-rupanya banyak perkara saya tidak tahu.
“Saya ditawar melanjutkan pengajian di UNITEN dan MMU untuk jurusan kejuruteraan, tetapi saya tolak. Ibu bapa saya tidak mampu menanggung seorang lagi anak belajar di Semenanjung, memandangkan abang saya ketika itu sedang belajar di UPM.
“Jadi, Tingkatan 6 menjadi satu-satunya laluan yang ada, kerana saya tidak ditawarkan matrikulasi atau program asasi. Saya rasa amat kecewa. Namun apabila dikenang kembali, ia menjadi satu pengajaran yang sangat berharga,” terang Norman dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Norman mengakui keputusannya yang cemerlang dalam STPM membuatkan dirinya mendapat lebih banyak peluang untuk melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam dan dapat memilih program yang betul-betul diingininya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas STPM, saya bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan selepas SPM. Dengan CGPA yang saya peroleh, saya mempunyai lebih banyak pilihan. Daripada lapan pilihan program, saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam pilihan utama saya iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
“Kebetulan, ia juga terletak di kampung halaman saya, di universiti dan program yang sama tempat ibu saya bekerja sebagai jururawat pengajar. Kadangkala, Tuhan menyusun sesuatu yang kita sendiri tidak faham pada awalnya.
“Saya memulakan pengajian dengan pinjaman PTPTN, tetapi kemudian berjaya mendapatkan biasiswa JPA setelah berusaha gigih dan berjaya meraih Dekan dalam peperiksaan. Kejayaan itu membantu saya menamatkan empat tahun pengajian di UNIMAS, dan saya anggap itu satu nikmat yang sangat besar,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Norman mengakui untuk menempatkan diri dalam universiti idamannya bukan satu perkara mudah namun latar belakang pengajian terdahulu membantu impiannya menjadi kenyataan.

“Saya tahu sejak awal peluang untuk masuk ke universiti ternama seperti Universiti Sains Malaysia atau Universiti Malaya sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda bukan satu yang mudah.
“Namun, laluan yang saya ambil membawa saya ke tempat saya berada hari ini. Sejak menamatkan pengajian dari UNIMAS pada tahun 2011, saya tidak pernah menyesal. Pengalaman, cabaran, dan insan-insan yang saya temui sepanjang perjalanan itu membentuk siapa saya pada hari ini.
“Dalam bahasa Melayu, kita panggil ini rezeki, nikmat dan anugerah dari Tuhan. Apabila satu pintu tertutup, pasti ada pintu lain yang terbuka asalkan kita sanggup mencari jalan dan terus melangkah,” jelasnya.

Bercerita lanjut, graduan Universiti Malaya itu meminta kepada semua bakal mahasiswa untuk mengetahui keupayaan diri sebelum melanjutkan pengajian dan bijak mencari peluang tanpa mengenal erti putus asa.

“Ada satu peribahasa yang sentiasa saya pegang iaitu ukur baju di badan sendiri, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih yang bermaksud, kenali keupayaan diri, bersikap rendah hati, dan terus berusaha. Hidup ini tidak selalu adil, pasti ada diskriminasi dan cabaran, tetapi itu bukan alasan untuk kita berhenti mencari peluang atau mencipta peluang baru sendiri.
“Kini, setelah membuka lembaran baharu dalam hidup, saya selalu ingat satu ungkapan yang saya pelajari daripada rakan-rakan Muslim saya iaitu “Wallahu A’lam” (Allah lebih mengetahui).
“Namun, kepercayaan semata-mata tidak cukup. Kita mesti berusaha, membuka hati terhadap peluang, dan terus melangkah ke hadapan. Siapa tahu, mungkin suatu hari nanti saya akan memulakan pengajian PhD.
“Apabila saya menoleh ke belakang, setiap penolakan, setiap pintu yang tertutup, dan setiap kekecewaan semuanya adalah nikmat yang tersembunyi. Hidup ini bukan tentang di mana kita bermula, tetapi tentang ketabahan dan pilihan yang kita buat untuk terus maju ke hadapan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Pelajar UM Cipta KelantanLingo, Mudah Fahamkan Dialek Kelantan Secara Interaktif

Difahamkan, pada Oktober 2021, Norman dapat menjejakkan kaki ke Universiti Malaya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Pentadbiran Awam dan berjaya menamatkannya pada tahun 2022 biarpun bekerja di EU, iaitu 11 tahun selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2011.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Norman Goh

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd