Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hanya Muat Naik Gambar Atas Motor, Syahmi Sazli Dedah Jana RM188

Pengarah filem dan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli menjadi perhatian publik apabila berkongsi salah satu cara menjana pendapatan dengan mudah dengan hanya memuat naik gambar di media sosial.

Jana duit dengan hanya muat naik gambar

Syahmi sazli Jana duit dengan hanya muat naik gambar

Menerusi perkongsian di Facebook, Syahmi mendedahkan media sosial mampu menjana keuntungan buktinya dia telah menerima bayaran sebanyak RM188 dengan hanya memuat naik gambar santai berada di atas motor dalam masa dua hari.

Difahamkan, pendedahan itu dibuat selepas beberapa individu meminta dia berkongsi jumlah wang yang diterima setelah dimuat naik di media sosial.

“Ada orang minta nak lihat berapa hasil daripada sekeping gambar saya duduk di atas motor.
“Hasil ini bukan selepas dua puluh empat jam tetapi lebih kurang dua hari. Alhamdulillah, lebih kurang RM188. Rezeki Allah,” tulisnya.

Artikel lain: Facebook & Instagram Mula Caj Langganan RM50 Sebulan Mulai November Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, usahawan itu sering menjadi inspirasi dan idola ramai sebagai seorang majikan yang sentiasa menitikberatkan mengenai kebajikan para pekerjanya.

Malah, dia dan isteri sangat dikenali di media sosial dengan personaliti yang sangat merendah diri serta bersederhana meskipun perniagaannya sudah berkembang maju.

Susulan itu, ada sahaja penghargaan yang diberikannya kepada pekerja seperti telefon bimbit percuma, bonus berbentuk wang dan sebelum ini juga dia pernah megadakan cabutan bertuah sebuah kereta mewah jenis Mercedes A180 (convert A45), motosikal jenis Honda Beat dan banyak lagi kepada pembeli yang sentiasa memberi sokongan terhadap perniagaannya.

Sumber: Facebook Syahmi Sazli Production

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd