Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lima Termasuk Pasangan Suami Isteri Didakwa Edar Lebih 20kg Pil Kuda Di Kelantan

Lima individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih 20 kilogram di tiga lokasi berbeza sekitar daerah ini, pada 27 Jun lalu.

Didakwa edar 20kg pil kuda

Menurut laporan Kosmo!, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh iaitu Mohd. Faizal Ismail, 35, isterinya, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, yang dikenali sebagai Yuyu serta merupakan pemilik salun dan kedai makan; Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd. Khairu Azani Mohd. Lawi, 39, dan Mohamad Asmawi Janudin, 25.

pil kuda

Foto: Kosmo!

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali. Difahamkan, Mohd. Faizal adalah abang kepada Mohamad Farid dan kedua-duanya merupakan bapa saudara kepada Mohamad Asmawi.

Mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan memandangkan pertuduhan tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Artikel lain: Lima Termasuk Suami Isteri Disambung Reman, Kes Sorok Pil Kuda Dalam Najis Lembu Di Kelantan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Faizal didakwa mengedar 115 gram methamphetamine dalam sebuah kereta Perodua Axia di lorong simpang tiga, Jalan Gajah Mati, Kampung Banggol Chicha kira-kira pukul 11.15 pagi.

Bagi pertuduhan kedua, dia bersama isterinya, Nur Ayu Fatihah, dituduh mengedar 112 gram dadah sama di rumah mereka di kampung tersebut, kira-kira 15 minit selepas kejadian pertama.

pil kuda

Foto: BH

Pertuduhan ketiga pula melibatkan semua tertuduh yang didakwa bersama-sama mengedar dadah seberat 19,866 gram di sebuah ladang lembu di belakang rumah di Kampung Banggol Chicha pada pukul 4.30 petang hari yang sama.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak lebih 15 sebatan, jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimi. Mohd. Faizal dan isterinya diwakili peguam, Mohd. Norazihan Adnan manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pasangan suami isteri terbabit dipercayai menggunakan pelbagai taktik untuk menyembunyikan aktiviti pengedaran dadah, termasuk menyimpan pil kuda dalam timbunan tahi lembu di sebuah kandang.

pil kuda

Foto: Sinar Harian

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, penemuan itu hasil daripada enam siri serbuan di Pasir Mas dan Tumpat, termasuk serbuan ke atas rumah pasangan berkenaan yang menemukan 112 gram pil kuda.

Siasatan lanjut membawa kepada serbuan di kandang lembu milik pasangan tersebut di Kampung Bukit Tunku, di mana sebanyak 19.86 kilogram dadah disembunyikan dalam timbunan najis haiwan.

Jumlah keseluruhan rampasan pil kuda dianggarkan seberat 35.4 kilogram dengan nilai pasaran sekitar RM5.04 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pil kuda tersebut dipercayai untuk diedarkan kepada golongan pelajar.

Siasatan turut mendedahkan bahawa pasangan suami isteri berkenaan menjalankan beberapa perniagaan termasuk restoran makanan laut, salun dan perniagaan dalam talian yang dipercayai menjadi saluran pengubahan wang haram hasil jualan dadah.

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Lokal

Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda bernilai lebih RM5 juta disambung reman selama tujuh...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd