Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Stesen TV Langgar Garis Panduan – Fahmi Fadzil

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen TV langgar garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Memetik laporan Bernama, beliau memaklumkan perkara tersebut kerana keingkaran mematuhi garis panduan dana syarat-syarat lesen ditetapkan boleh mendatangkan kesan kepada pihak yang terlibat.

Stesen TV langgar garis panduan akan diambil tindakan tegas

Stesen TV langgar garis panduan

“Saya memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan OCBC Premier Private Client Centre di Bangsar pada Selasa.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata demikian sebagai mengulas isu penonton lelaki dilihat berpakaian seumpama wanita sewaktu menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-39 yang disiarkan secara langsung Ahad lepas.

Artikel lain: Tiga Syarikat Alternatif PUSPAKOM Dipertikai, Anthony Loke Tegaskan Bukan ‘Syarikat RM2’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Fahmi turut meluahkan kekecewaan terhadap perkara tersebut kerana pihak stesen televisyen berkenaan sudah sedia maklum mengenai semua garis panduan yang terpakai.

“Seharusnya pihak Media Prima lebih bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan mereka yang menguruskan AJL. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Mereka tahu dan mereka membenarkannya, ini tidak baik,” ujarnya.

Fahmi kecewa stesen TV langgar garis panduan

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan pihaknya akan segera mengambil tindakan berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata JAKIM akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd