Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kes Rotan Pelajar: Uncle Kentang Sedia Lancar Kutipan Bantu Dua Guru Jika Hilang Pencen

Aktivis masyarakat, Chee Heng Kuan atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menyuarakan kesediaan untuk menggerakkan kutipan derma RM10 daripada ibu bapa di seluruh negara bagi membantu dua guru di Pulau Pinang yang berdepan tindakan undang-undang kerana didakwa merotan pelajar.

Uncle Kentang sedia lancar kutipan bantu dua guru

Menerusi satu kenyataan di Facebook, beliau berkata ramai ibu bapa menyatakan rasa simpati serta sokongan terhadap dua pendidik berkenaan yang dianggap melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan penuh prinsip.

dua guru

Foto: Utusan

“Jika mereka kehilangan pencen, saya percaya ibu bapa seluruh negara boleh menyumbang RM10 seorang untuk menampung kerugian itu. Ramai ibu bapa prihatin dan sanggup bantu kerana mereka percaya kedua-dua guru ini bertindak demi mendisiplinkan pelajar,” tulisnya pada Khamis.

Menurut beliau, tindakan kedua-dua guru tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dengan ramai melihat mereka sebagai “wira pendidikan” yang tegas mendidik walaupun terpaksa berdepan risiko tindakan undang-undang.

dua guru

Foto: Utusan

Uncle Kentang turut mempersoalkan keperluan guru berkenaan digari ketika dibawa ke mahkamah bagi urusan ikat jamin pada 6 Oktober lalu memandangkan mereka bukan penjenayah berbahaya.

“Mereka bukan perompak atau pembunuh. Mereka hanya guru yang menjalankan tugas. Kami sebagai ibu bapa rasa sedih dan hairan kenapa perlu sampai digari,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati proses mahkamah dan menunggu keputusan perbicaraan dengan sabar.

“Apa juga keputusan mahkamah nanti, kita hormati. Tapi yang penting, hati guru-guru ini tahu mereka tidak bersalah dan bertindak atas niat mendidik,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak lain, beliau yakin rakyat Malaysia akan tetap menghargai jasa dan keberanian kedua-dua guru tersebut.

“Dalam mata ibu bapa, mereka tetap wira pendidikan. Malaysia perlukan guru yang berani, bukan yang lembik. Kalau mereka kalah, kita bantu. Kalau mereka menang, kita raikan,” ujarnya.

Artikel lain: Hanya Guru Besar Dan Guru Diberi Kuasa Boleh Rotan Murid – KPM

Terdahulu, seorang pesara guru Choong Kean Beng, 59, yang kini telah bersara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 3, Georgetown atas tuduhan merotan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) di daerah Timur Laut, kira-kira pukul 5.30 petang pada 6 Disember 2023.

dua guru

Foto: Sinar Harian

Manakala seorang lagi guru dari sekolah yang sama, Lau Teik Hwa, 47, turut membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas pelajar yang sama dengan menggunakan rotan yang didakwa dilakukan kira-kira pukul 4 petang pada 2 Ogos lalu.

dua guru

Foto: Sinar Harian

Sumber: Facebook Chee Heng Kuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Sosial

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd