Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rundingan Damai Thailand-Kemboja: AS Puji Peranan PM Anwar

Amerika Syarikat (AS) memuji rundingan damai Thailand dan Kemboja melalui genjatan senjata yang diumumkan di Kuala Lumpur pada Isnin, menandakan langkah penting ke arah meredakan ketegangan yang telah mencetuskan kebimbangan serantau sejak beberapa bulan lalu.

Rundingan damai Thailand-Kemboja

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam satu kenyataan rasmi berkata, Washington menyambut baik keputusan tersebut dan menyeru semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya komitmen yang telah dipersetujui.

Rundingan damai

Foto: The Straits Times

“Presiden Trump dan saya komited terhadap pemberhentian keganasan serta-merta dan menjangkakan kerajaan Kemboja dan Thailand akan menghormati sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik ini,” katanya semalam.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan dan kesediaan Malaysia menjadi tuan rumah rundingan damai tersebut.

“Kami berterima kasih kepada PM Anwar atas kepimpinannya dan kerana menjadi hos rundingan gencatan senjata ini,”u jar Rubio lagi.

Gencatan senjata ini difahamkan hasil usaha berterusan diplomasi pelbagai hala yang diketuai oleh Malaysia dengan sokongan AS, di tengah-tengah ketegangan ketenteraan yang meningkat di kawasan sempadan kedua-dua negara Asia Tenggara itu sejak awal tahun.

Artikel lain: PM Anwar Seru Thailand & Kemboja Henti Ketegangan, Kembali Ke Meja Rundingan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Rundingan damai

Foto: Izzuddin Abd Radzak / Prime Minister’s Office of Malaysia

Sementara itu tambah Rubio, AS akan terus terlibat dan memberi komitmen penuh terhadap proses damai yang diterajui bersama oleh Washington dan Kuala Lumpur.

“AS akan kekal komited dan terus terlibat dalam proses ini yang dianjurkan bersama oleh AS dan Malaysia bagi menamatkan konflik ini,” tegas beliau.

Perkembangan ini dilihat sebagai kemenangan diplomasi serantau dan antarabangsa, serta satu lagi bukti peranan penting Malaysia dalam mendepani krisis serantau secara damai dan berhemah.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd