Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Ronaldo Lancar Saluran YouTube, Berjaya Pecah Rekod Dunia

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo lancar saluran YouTube miliknya pada Khamis dan berjaya mendapatkan ratusan ribu pelanggan dalam masa beberapa jam sahaja.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ronaldo telah memuat naik satu video mengumumkan pelancaran saluran YouTube berkenaan.

Ronaldo lancar saluran YouTube

“Penantian telah berakhir. Saluran YouTube saya sudah dilancarkan! SIUUUbscribe dan sertai saya dalam perjalanan baharu ini,” katanya pada ruangan kapsyen.

Menerusi tinjauan, 15 jam selepas menyiarkan video pertamanya yang berdurasi hanya 1.03 minit, Ronaldo telah menerima sebanyak 7.2 juta jumlah tontonan.

Pada masa yang sama, Ronaldo juga memecahkan rekod dunia untuk menjadi saluran YouTube terpantas mencapai 1 juta pelanggan dalam tempoh masa hanya 90 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan, setakat ini Ronalda telah menerima sebanyak 13.1 juta pelanggan dan telah memuat naik sebanyak 19 video yang berdurasi antara 30 saat hingga 3 minit.

Pada masa yang sama, setiap video tersebut mempunyai jumlah tontonan lebih daripada 1 juta walaupun kesemuanya baru dimuatnaik beberapa jam lepas.

Sementara itu, menerusi satu hantaran lain di Instagram, Ronaldo juga telah memuat naik video reaksi daripada anak-anaknya ketika dia menunjukkan anugerah daripada YouTube kerana berjaya memecah rekod dunia.

“Hadiah untuk keluarga saya. Terima kasih kepada semua SIUUUbscribers!” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sekadar info, Ronaldo mempunyai 112.5 juta pengikut di platform X, 170 juta di Facebook dan 636 juta di Instagram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain bola berusia 39 tahun itu juga kini meneruskan karier bola sepak bersama kelab Liga Pro Saudi Al Nassr dan sedang giat menjalani persiapan untuk perlawanan pembukaan Liga Pro Saudi menentang Al-Raed di Stadium Al-Awwal pada Jumaat.

Sumber: Instagram & YouTube Cristiano Ronaldo

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd