Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini.
Zamri menjelaskan bahawa beliau cuba melarikan diri dan mempertahankan diri daripada situasi berkenaan.
Walau bagaimanapun, individu dikenali Khairul Azri mendakwa ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, dilihat lebih tertumpu kepada kereta yang digunakan Zamri, sebuah Jaguar XJL model 2010–2013.
Menerusi hantaran dimuat naik individu berkenaan di Facebook, nilai pasaran kenderaan itu boleh didapati sekitar RM50,000 dan seorang ahli politik dengan gaji seperti Rayer mampu membeli beberapa buah dalam setahun.
Rayer Persoal Model Kereta Mewah
Tegasnya, isu kereta bukanlah perkara utama, sebaliknya kes jenayah yang berlaku dan tindakan Zamri berada dalam konteks self-defence apabila berhadapan ancaman.
Hari ini, Rayer dalam kenyataan mempersoal identiti pemandu Jaguar berkenaan dan tindakan undang-undang yang bakal diambil.
“Jika Zamri Vinoth pemandu Jaguar mewah ini, adakah beliau akan ditahan atas kesalahan memandu secara berbahaya dan hampir membunuh penunggang motosikal tersebut?”soalnya.
Beliau turut menyoal mengapa Zamri berada di Bukit Mertajam sedangkan telah diberi amaran polis selepas laporan dibuat pada 3 Mac 2026.
“Pakai kereta apa pun Zamri masa tu, benda ni dah jadi kes jenayah. Takkan YB Rayer tak tengok laporan polis dan video tular itu berlaku di mana dan bagaimana?
“Zamri dakwa dia diikuti dari tempat dia tinggal dan kemudian dikepung beramai-ramai.
“Dalam video jelas nampak suasana kepungan dan unsur pecah aman. Tetapi YB pula memilih untuk fokus pada bahagian orang jatuh motor,”katanya.
Tambahnya, persoalan sebenar bukan sama ada Zamri “above the law”, tetapi sama ada Rayer sendiri mempertahankan undang-undang atau hanya memilih sisi yang sesuai dengan naratif politiknya.
Hal ini demikian kerana pihak polis sendiri telah menahan reman salah seorang pelaku selama empat hari dan sedang mengesan individu-individu lain.
Bahkan, siasatan penuh masih dijalankan bagi memastikan semua pihak terlibat dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
Sumber: FB Khairul Azri










































