Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

61,116 Rakyat Malaysia Lepas Kewarganegaraan, 93 Peratus Pilih Singapura

Rakyat Malaysia Lepas Kewarganegaraan

Faktor ekonomi dan keluarga menjadi pendorong utama seramai 61,116 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh lima tahun lalu, dengan majoriti memilih untuk berpindah ke Singapura.

Daripada jumlah itu, wanita merekodkan permohonan tertinggi iaitu seramai 35,356 orang sehingga 17 Disember lalu.

Rakyat Malaysia Lepas Kewarganegaraan

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias, berkata secara purata, 10,000 orang setiap tahun memohon melepaskan kerakyatan Malaysia.

“Faktor mereka lepas kerakyatan dikenal pasti antaranya sama ada dari sudut ekonomi atau keluarga. Contohnya Singapura, mereka bekerja di sana.
“Pada ketika itu, mudah untuk mereka mendapatkan kerakyatan di sana kerana faktor pekerjaan dan pendapatan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut beliau, 93.78 peratus pemohon memilih Singapura, diikuti Australia (2.15 peratus), Brunei (0.97 peratus), manakala 3.1 peratus lagi ke negara lain.

Artikel lain: Rajin Bekerja! Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar, Antara Perdana Menteri Terbaik Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, faktor keluarga turut menjadi punca utama, termasuk kes perkahwinan dengan warga asing yang menyebabkan pemohon berpindah dan memperoleh kewarganegaraan pasangan mereka.

“Dalam keadaan lain, ada juga kes pelucutan kewarganegaraan. Mungkin rakyat Malaysia mendapat kewarganegaraan asing dan menggunakan keistimewaan negara tersebut.
Sebagai contoh, jika mereka mengundi di sana, Malaysia menganggap mereka mempunyai kewarganegaraan negara asing dan kewarganegaraan Malaysia perlu dilucutkan,” jelasnya.

Tambah Badrul Hisham, kes pelucutan kerakyatan tidak banyak berbanding permohonan melepaskan kerakyatan.

“Kumpulan terbesar yang memohon melepaskan kewarganegaraan adalah dalam kalangan usia 31 hingga 40 tahun iaitu 19,287 orang (31.6 peratus), diikuti 21 hingga 30 tahun seramai 18,827 orang (30.8 peratus), 41 hingga 50 tahun (14,126 orang, 23.1 peratus) dan lebih 50 tahun seramai 8,876 orang (14.5 peratus),” katanya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd