Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rakyat Malaysia, Singapura Berjaya Dibawa Pulang Dari Iran – Duta Malaysia

Seramai 17 rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang dari Iran akibat krisis ketegangan keselamatan setelah melalui pelabagai proses yang begitu mencabar dan perlu berdepan dengan sebarang ketidakpastian.

Rakyat Malaysia berjaya pulang dari Iran

Rakyat Malaysia berjaya pulang dari Iran

Foto: Berita Harian

Menurut laporan MalaysiaGazette, perjalanan pulang itu turut membawa enam warga Iran yang merupakan tanggungan kepada rakyat Malaysia, serta seorang warga Singapura selain 17 rakyat Malaysia dari lokasi konflik Israel-Iran itu.

Bukan itu sahaja, Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar turut mengetuai sendiri misi evakuasi dari Tehran ke Kuala Lumpur tersebut.

“Saya mengetuai rombongan yang berlepas dari Iran, kami telah melalui perjalanan darat lebih selamat namun sejauh lebih 1,000 kilometer dari Tehran ke sempadan Iran-Turkmenistan,” kata Khairi ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Beliau memberitahu, proses membawa pulang rakyat Malaysia mengambil masa yang agak lama memakan waktu berjam-jam kerana terpaksa melalui proses dokumentasi dan pemeriksaan keselamatan.

“Kami terpaksa melalui balai polis untuk mendapatkan pengesahan dan keesokannya sekali lagi ke balai untuk proses lanjut.
“Banyak persoalan timbul mengenai laluan yang harus diambil kerana ada kawasan tertentu yang perlu dielakkan berikutan insiden keselamatan berlaku di sebelah timur Iran,” jelasnya.

Khairi memaklumkan pihak kedutaan bekerjasama bersama kerajaan Iran dan negara-negara lain termasuk Turkmenistan dan Thailand bagi memastikan semua urusan imigresen serta lintas sempadan berjalan sempurna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Proses di sempadan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kami menunggu lama sebelum dibenarkan masuk ke Turkmenistan dan seterusnya ke Ashgabat. Dari sana, kami menaiki pesawat ke Bangkok dan transit sebelum menaiki penerbangan terakhir ke Malaysia.
“Di Iran, perkhidmatan internet dan telekomunikasi antarabangsa terganggu. Kami tidak boleh membuat panggilan keluar ke luar negara malah aplikasi seperti WhatsApp pun tidak dapat digunakan seperti biasa.
“Jadi, kami terpaksa kembali menggunakan kaedah lama ‘sms’ yang lebih perlahan,” katanya.

Biarpun, kumpulan pertama telah selamat pulang, Khairi mendedahkan terdapat lagi sekitar 12 rakyat Malaysia yang masih terkandas di Iran iaitu terdiri daripada pelajar dan tanggungan.

Rakyat Malaysia berjaya pulang dari Iran

Foto: Free Malaysia Today

“Ada antara mereka yang terdiri daripada pelajar dan juga tanggungan. Mereka tidak berada di satu lokasi, ada yang di Tehran, ada juga di Shiraz.
“Oleh itu, kami perlu kenal pasti keadaan mereka dan lokasi sebenar bagi sebarang tindakan lanjut,” jelas beliau.

Beliau turut menjelaskan situasi serangan yang berlaku di Iran dan memastikan keselamatan rakyat di negara itu akan diberikan keutamaan.

“Ketika serangan mula berlaku, ia tidak kelihatan begitu drastik. Namun selepas dua hari, kami mula mengenal pasti pola serangan berlaku pada waktu malam, manakala waktu siang lebih tenang.
“Serangan juga menyasarkan lokasi tertentu, jadi kami perlu berhati-hati agar rakyat kita tidak terperangkap di tempat dan masa yang salah,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Khairi turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang membantu dalam proses membawa pulang rakyat Malaysia dari kawasan berisiko tinggi itu.

“Kami bersyukur semuanya selamat. Misi ini bukan sahaja melibatkan logistik dan diplomasi, tetapi juga komitmen emosi yang besar bagi memastikan rakyat kita selamat kembali ke pangkuan keluarga,” tambahnya lagi.
Rakyat Malaysia berjaya pulang dari Iran

Foto: Harian Metro

Artikel lain: Rakyat Malaysia Di Iran Dipindahkan Mulai Jumaat Ini – Fahmi

Terdahulu, Kementerian Luar menegaskan agar semua rakyat Malaysia yang menetap di negara itu meninggalkan Iran secepat mungkin menggunakan apa jua kaedah selamat dan tersedia.

Untuk rekod, Israel dilaporkan menjalankan serangan ke atas Iran susulan kebimbangan terhadap tindakan Tehran yang dilihat semakin berjaya membangunkan senjata nuklear.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: MalaysiaGazette (Kasthuri Jeevendran)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Tular kisah seorang lelaki dikenali sebagai Syed yang mendakwa dirinya ditipu selepas berkahwin dengan wanita bergelar isteri orang.Namun kini, suami pertama wanita terbabit, Baki,...

Lokal

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mendedahkan tahap kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan pelajar sekolah pondok di Kelantan masih rendah, hasil pemantauan dan program turun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd