Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sempena PRN Sabah, Air Asia Tawar Promosi Tambang Tetap RM299 Sehala

AirAsia menawarkan promosi tambang tetap RM299 sehala termasuk semua caj bagi penerbangan dari Semenanjung ke Sabah bermula 26 hingga 28 Nov ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.

Menurut laporan Bernama, syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tawaran khas berkenaan melibatkan lebih 4,300 tempat duduk merangkumi lapan laluan dan 24 penerbangan destinasi domestik utama ke Sabah dan tempahan dibuat mulai hari ini hingga 26 Okt melalui laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

Tawaran melibatkan laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau atau Labuan; dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu dan Tawau serta dari Kota Bharu dan Pulau Pinang ke Kota Kinabalu termasuk semua caj.

Promosi tambang tetap RM299 sehala

Promosi tambang tetap RM299 sehala

“Inisiatif itu membuktikan komitmen berterusan AirAsia untuk menghubungkan komuniti dan menyokong rakyat Malaysia pada hari bermakna khususnya di Sabah yang juga satu daripada pasaran domestik terpenting bagi AirAsia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, sebagai syarikat penerbangan pilihan semua, AirAsia sentiasa bersama komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pilihan raya adalah hari yang menyatukan masyarakat untuk membentuk masa depan dan ini cara kami membantu mereka pulang mengundi dengan tambang mampu milik,” katanya.

Artikel lain: PRN Sabah: Undi Pos Belum Diputuskan, Pengundi Berada Di Semenanjung Perlu Balik Mengundi – SPR

Promosi tambang tetap RM299 sehala

Beliau berkata, Sabah kekal antara pasaran domestik utama bagi AirAsia yang sentiasa memperkukuh kesalinghubungan antara negeri itu dengan destinasi lain di Malaysia dan luar negara menerusi tambang mampu milik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Politik

Undi Pos Belum Diputuskan! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd