Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Projek Keretapi Laju Whoosh: Laut Natuna Utara Berisiko Dirampas Jika Indonesia Gagal Bayar Hutang

Bekas Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Mahfud MD, memberi amaran keras bahawa Laut Natuna Utara iaitu wilayah strategik negara berisiko dirampas sekiranya Indonesia gagal melunaskan hutang projek kereta api laju Jakarta–Bandung (Whoosh) kepada China.

Menurut Mahfud, kegagalan dalam menangani beban hutang projek Whoosh itu bukan sekadar isu ekonomi, tetapi boleh mengundang implikasi besar terhadap kedaulatan negara, termasuk kemungkinan kehilangan kawasan yang penting dari sudut pertahanan dan sumber hasil laut nasional.

whoosh

Foto: SInar Harian

“Jika kita tidak mampu membayar hutang, wilayah strategik seperti Laut Natuna Utara boleh menjadi pertaruhan. Ini bukan sekadar soal kewangan, ini soal kedaulatan negara,” katanya.

Mahfud menjelaskan bahawa struktur pembiayaan projek ini sangat membebankan. Ia dimulakan melalui kerjasama perniagaan antara syarikat milik negara Indonesia dan syarikat milik kerajaan China Business to Business (B2B), namun kini risiko kewangan ditanggung oleh negara.

Artikel lain: Whoosh Terus Alami Kerugian, Hutang Dan Kos Tinggi Jadi Punca

Katanya, faedah hutang sahaja telah mencecah 2 trilion rupiah setahun (RM509 juta), manakala pendapatan maksimum dari jualan tiket hanyalah sekitar 1.5 trilion rupiah (RM382 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbezaan ini menyebabkan hutang terus meningkat setiap tahun.

“Bunga makin berbunga. Jika dikira, tempoh bayaran balik boleh mencecah 70 hingga 80 tahun. Ini tidak masuk akal dan bakal membebankan generasi akan datang,” ujarnya.
whoosh

Foto: Carian Google

Menurut Mahfud, projek Whoosh ini asalnya dirancang bersama Jepun, yang menawarkan kadar faedah rendah sebanyak 0.1 peratus serta berdasarkan kajian mendalam oleh pakar dari Universiti Indonesia dan Universiti Gadjah Mada (UGM).

Namun, selepas Jepun meminta semakan kadar, kerajaan Indonesia beralih kepada tawaran dari China yang pada awalnya menawarkan 2 peratus, sebelum meningkat kepada 3.4 peratus disebabkan pembengkakan kos projek.

Menteri Perhubungan ketika itu, Ignasius Jonan, menolak projek Whoosh ini atas alasan ia tidak relevan dan membazir, tetapi akhirnya dipecat.

Pakar dasar awam Agus Pambagio juga mengkritik projek tersebut, tetapi menarik diri selepas mengetahui bahawa idea projek itu datang daripada Presiden Joko Widodo (Jokowi) sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
whoosh

Foto: Bernama

Kini, PT Kereta Api Indonesia (KAI) dilaporkan menghadapi kesukaran melunaskan hutang dan faedah. Ada cadangan agar kerajaan mengambil alih tanggungan tersebut, namun ditolak oleh Kementerian Badan Usaha Milik Negara (BUMN).

Mahfud menyatakan sokongan terhadap pendirian Timbalan Menteri BUMN, Purbaya Yudhi Sadewa, yang menolak cadangan itu kerana ia akan membebankan negara secara langsung.

“Kita membina Whoosh dengan megah, tetapi pembangunan untuk rakyat yang dikorbankan. Ini bukan pilihan yang bijak,” tegasnya.

Beliau menyeru agar kerajaan menilai semula kesan jangka masa panjang terhadap keputusan yang melibatkan pinjaman asing dan projek mega supaya negara tidak terus terjerat dalam perangkap hutan dan kehilangan maruah  di mata dunia.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Shamsul Abdul Ghani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Seorang pemandu van warga Thailand direman empat hari susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Napoh, Jitra malam...

Lokal

Motif sebenar kes guru besar dan isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd