Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Takut Jika Berlaku Apa-Apa, Aurat Tak Tertutup” – Pramugari AirAsia Syukur Dibenarkan Berhijab

Seperti yang kita tahu, AirAsia baru-baru ini mengumumkan perubahan pada polisi pakaian seragam kru kabinnya, termasuk membenarkan pramugari memakai hijab dan seluar semasa bertugas.

Perubahan ini bukan sahaja disambut baik oleh orang ramai, malah membawa kelegaan besar kepada kru wanita yang selama ini bergelut dengan cabaran peribadi ketika bekerja.

pramugari

Foto: Threads @fashazreen

Salah seorang pramugari, Farah Shazreen, berkongsi pengalaman dan rasa hatinya menerusi akaun Threads miliknya @fashazreen.

Farah mendedahkan bahawa antara ketakutan terbesar yang sering menghantui dirinya ketika bertugas adalah kemungkinan berlaku perkara buruk ketika auratnya belum tertutup sepenuhnya.

Artikel lain: Pramugari MAS Bersara Selepas 40 Tahun, Anak Bertugas Raikan Dalam Penerbangan Terakhir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perasaan ini lebih terasa setiap kali dia perlu mengenakan skirt untuk penerbangan ke destinasi tertentu.

“Saya selalu takut kalau berlaku apa-apa, lepas itu orang jumpa saya dalam keadaan tak menutup aurat. Perasaan itu datang bila kena pakai skirt untuk penerbangan tertentu,” tulisnya.

Disebabkan itu, Farah biasanya memilih penerbangan ke Jeddah dan Madinah, di mana pemakaian hijab dibenarkan.

pramugari

Foto: Threads @fashazreen

Namun selepas pengumuman terbaru mengenai seragam baharu, dia berasa lebih tenang kerana kini dibolehkan terus berhijab ketika bekerja.

Dalam perkongsiannya, Farah turut mrmuat naik beberapa gambar dirinya memakai seragam lengkap dengan hijab.

Lebih menggembirakan, rakan-rakan pramugari lain di syarikat penerbangan itu juga mula berhijab selepas polisi baru diumumkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menggembirakan, rakan-rakan pramugari lain di syarikat penerbangan itu juga mula berhijab selepas polisi baru diumumkan.

Berbicara tentang penghijrahannya, Farah mengakui bahawa ia bukanlah perjalanan yang mudah. Pada awalnya, kerjaya menuntutnya memakai skirt, dan dia sendiri masih belajar untuk menutup aurat sepenuhnya, termasuk dari segi penampilan di media sosial.

pramugari

Foto: Threads @fashazreen

“Saya tahu masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya belum betul-betul kuat berhijab sepenuhnya dan kadang-kadang masih tunjuk aurat di media sosial.
“Tapi setiap kali solat, saya doa supaya Allah kuatkan hijrah saya dan buat saya rasa cantik bila menutup aurat,” kongsinya.

Farah juga bersyukur kerana doanya dimakbulkan tanpa perlu menukar kerjaya.

Majikannya memberi kelonggaran untuk terus memakai hijab semasa bertugas, membolehkan dia menjalani pekerjaan yang sama tetapi dengan syarat yang selesa dan sesuai dengan keyakinan dirinya.

Hari ini, Farah Shazreen menjadi antara kru wanita AirAsia yang dibenarkan memakai hijab semasa bertugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pramugari

Foto: Threads @fashazreen

Seragam merah ikonik AirAsia kekal, tetapi kini ada pilihan hijab dan seluar yang direka profesional, sama seperti yang dipakai oleh kru laluan Jeddah sebelum ini.

Bagi Farah, perubahan ini bukan sahaja memudahkan urusan kerjanya, malah memberi ruang untuk dia terus berhijrah tanpa mengorbankan kerjaya.

Kisahnya menjadi inspirasi bahawa perubahan kecil dalam polisi boleh memberi impak besar kepada kehidupan seseorang.

Sumber: Threads @fashazreen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita tampil memohon maaf selepas video siaran langsungnya di platform TikTok tular baru-baru ini, dipercayai menunjukkan dirinya tidak menunaikan ibadah puasa. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd