Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tidak Tolak Kemungkinan Pamela Lari Ke Luar Negara

Kehilangan Datin Seri Pamela Ling sejak 9 April lalu terus menimbulkan pelbagai persoalan apabila pihak polis kini menyiasat kemungkinan wanita itu telah melarikan diri ke luar negara.

Menurut laporan FMT, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil langkah awal dengan menyekat pergerakan keluar negara Pamela ketika siasatan awal dijalankan oleh agensi tersebut.

Foto: FMT

Pihak polis turut merancang untuk merakam keterangan anak-anak mangsa serta beberapa saksi lain dalam masa terdekat, dengan bantuan polis antarabangsa (Interpol).

“Setakat ini seramai 27 orang saksi juga sudah dirakam percakapan. Kita juga menolak kemungkinan terdapat suspek lain yang terbabit dalam kes ini,” katanya.

Aidi turut menegaskan bahawa setakat ini pihaknya menolak kemungkinan wujdnya suspek lain yang terlibat dalam kes ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Interpool sedang menguruskan proses untuk mengambil keterangan daripada anak-anak wanita terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes kehilangan Pamela menjadi perhatian umum apabila dia dilaporkan diculik dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk memberikan keterangan.

Foto: Media Sosial

Isteri kepada seorang ahli perniagaan dari Sarawak itu dilaporkan hilang selepas menggunakan perkhidmatan e-hailing dari Cheras ke ibu pejabat SPRM.

Pemandu e-hailing mendakwa kenderaan yang dinaiki Pamela telah dihalang oleh tiga buah kereta sebelum mangsa dibawa pergi oleh individu yang memakai pakaian polis.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kehilangan tersebut dan menjejak keberadaan mangsa.

Sumber: FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd