Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Selisih Faham Jiran, Polis Siasat Lima Wanita Bergaduh Guna Penyapu & Penyodok

Polis Siasat Lima Wanita Bergaduh

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung antara ‘senjata’ yang digunakan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, polis telah mengambil maklum mengenai rakaman CCTV berdurasi lebih enam minit yang menunjukkan pergaduhan itu sebelum ia dimuat naik oleh Malaysian Crime Watch – MyWatch.

“Hasil siasatan mendapati, insiden itu membabitkan lima wanita dengan kejadian berpunca daripada perselisihan antara jiran tetangga di taman perumahan terbabit. Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan individu terbabit sudah pun dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan pertengkaran mulut antara dua wanita pertengahan usia bertudung hijau dan berbaju jingga yang sedang membersihkan laman rumah masing-masing.

Situasi menjadi lebih tegang apabila wanita berbaju jingga berulang kali menyembur air ke arah jiran dan seorang lagi wanita dipercayai anak jirannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bertambah kecoh apabila beberapa individu lain dipercayai anak wanita bertudung hijau keluar dan bergasak dengan wanita berbaju jingga sehingga ada yang jatuh di atas jalan.

“Astaghfirullahaladzim. Ya Allah kenapa bodoh sangat. Allahukhbar, kau jirus aku kan? Sudahlah. Ya Allah. Sudahlah kakak, sudah.
“Bergaduh dengan korang ini menyusahkan. Kenapa makin teruk dia. Makin teruk. Balik lah balik. Jangan layan,” kata wanita bertudung hijau.

Polis Siasat Lima Wanita Bergaduh

Namun wanita berbaju jingga membalas dengan lantang, menuduh jiran berkenaan bersikap hipokrit dan tidak menghormati orang lain.

“Kau ada anak tapi masih duduk bawa ketiak mak. Kurang ajar satu keluarga ini. Dah lama aku sabar dengan korang.
“Kau rosakkan anak orang. Yang di dalam itu keluarlah kalau berani. Ingat orang tak tahu apa kau buat. Ada bukti. Anak dan mak sama saja. Depan orang tunjuk baik. Tunduk semua,” katanya.

Artikel lain: Tujuh Beradik Hadiahkan Bapa Kereta – “Terima Kasih Jadi Ayah Dan Ibu Kami”

Roslan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan polis menegaskan komitmen mereka memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjaga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222 atau balai polis berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Malaysian Crime Watch – MyWatch, Harian Metro  (Alias Abd Rani)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd