Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pimpin Solat Subuh, Imam Meninggal Dunia Ketika Sujud

Tular sebuah video memaparkan seorang imam meninggal dunia dalam sujud ketika memimpin solat Subuh di sebuah masjid pada Rabu.

Memetik laporan Liputan6, imam yang dikenali sebagai Andi Syamsul Bahri telah menghembuskan nafas terakhirnya di Masjid Al Ula, Balikpapan Barat, Indonesia pada rakaat pertama solat Subuh.

Kejadian itu dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid tersebut dan telah dimuat naik ke media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 17 saat itu, beberapa makmum telah mengangkat kepala bagi memeriksa punca imam sujud terlalu lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: ‘Kento Nanami’ Bersiar-Siar Di Kuantan? Peminat Gembira Akhirnya Hajat Tercapai!

Melihat keadaan imam yang tidak sedarkan diri, salah seorang makmum di belakang jelas terkejut namun segera bangun dan mengambil alih tugas sebagai imam.

Imam meninggal dunia ketika sujud

Salah seorang daripada Pengurus Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM) masjid berkenaan yang bernama Abdul Kadir berkata, Allahyarham Andi ‘pergi’ pada rakaat pertama solat Subuh.

“Beliau meninggal di sujud pertama rakaat pertama solat Subuh,” jelas Abdul Kadir.

Tambahnya, arwah dikenali sebagai anggota jemaah dan pengurus DKM yang aktif dan disenangi oleh semua orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami ahli DKM di Masjid Al Ula sangat berduka dengan pemergian beliau dan semoga beliau wafat dalam keadaan husnul khotimah,” ujarnya.

Selesai solat Subuh, jenazah arwah telah dibawa pengurus masjid ke Rumah Sakit Sayang Ibu di wilayah Balikpapan Barat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Sumber: Liputan6

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd