Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pihak Berkuasa Digesa Tangkap ‘Lelaki Bertelekung’ Tunai Umrah

Seorang pempengaruh media sosial transgender Indonesia, Isa Zega didakwa melakukan penghinaan terhadap agama Islam apabila memakai telekung untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Foto: CNN Indonesia

Menurut laporan detiknews, Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) RI dari Fraksi PDIP, Mufti Anam menyatakan kebimbangan melalui akaun Instagram miliknya selepas menerima banyak laporan mengenai tingkah laku Isa Zega, yang juga dikenali sebagai ‘Mami Online’ atau Sahrul.

Mufti Anam menegaskan bahawa walaupun Isa telah menjalani perubahan fizikal, dari segi hukum Islam dan fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), seseorang yang dilahirkan lelaki tetap dianggap lelaki dari segi syariat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagaimana lelaki dalam hukum Islam bahkan menurut fatwa MUI, seorang lelaki walaupun diubah jenis kelaminnya, bahawa secara asal dia tetap seorang lelaki, dan dalam melakukan prosesnya tetap harus menggunakan cara-cara seorang lelaki,” katanya.

Foto: detiknews

Menurut wakil rakyat tersebut, tindakan Isa yang menunaikan umrah menggunakan tatacara wanita boleh dianggap sebagai penghinaan agama di bawah undang-undang Indonesia yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun.

Mufti Anam menggesa pihak berkuasa untuk segera menahan Isa bagi mencegah kejadian sedemikian daripada berulang pada masa akan datang.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya terhadap kesan negatif yang mungkin timbul di Indonesia, yang merupakan negara dengan penduduk Islam kedua terbesar di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru, kami berharap pihak penguatkuasa undang-undang, polis, dan pihak-pihak berkaitan agar segera menahan individu ini supaya pada masa hadapan tidak ada perkara lain yang menghina agama kita.
“Perlu diingat, bahawa Indonesia merupakan negara dengan penduduk Islam kedua terbesar di dunia. Kami berharap perkara ini tidak menimbulkan kekacauan dalam kalangan masyarakat, serta tidak menjadi teladan yang buruk,” ujarnya.

Sumber: detiknews

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd