Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pesawat Milik TUDM Lakukan Pendaratan Cemas, 4 Anak Kapal Selamat

Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini kira-kira jam 1 petang tadi.

Empat anak kapal tidak alami kecederaan

Merujuk kepada kenyataan rasmi Bahagian Perhubungan Awam TUDM,  pihak mereka telah mengesahkan kejadian tersebut dan  memaklumkan bahawa semua empat anak kapal pesawat berkeaan selamat serta tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya,  kejadian berlaku semasa pesawat dari 16 Skuadron yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 11.27 pagi, sedang melaksanakan latihan penerbangan

“TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” jelas kenyataan tersebut.

Pendaratan cemas dibuat kerana masalah gear

Memetik laporan dari Bernama pula, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Norazman Mahmud berkata yang juruterbang pesawat berkenaan telah memaklumkan Menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang mengenai masalah gear pendaratan dan meminta bantuan untuk mendarat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menara ATC kemudian memaklumkan kepada Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang Subang bagi mengaktifkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang dan menyediakan bantuan kecemasan kepada pesawat semasa mendarat,” katanya.

pendaratan cemas

Beliau juga memaklumkan yang pesawat terbabit dalam proses dialihkan dan landasan lapangan terbang dibuka semula untuk beroperasi pada 5 petang.

Menurutnya, siasatan dilaksanakan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sumber: Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia, Bernama

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Bekas tunang selebriti Indonesia, Lucinta Luna kembali menjadi bualan hangat ramai apabila dia dikatakan bertukar karier baharu sebagai bintang porno selain menawarkan perkhidmatan seks....

Spotlight

Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang bakal melangsungkan perkahwinan di Bali bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana dikhabarkan mendapat restu sepenuhnya daripada...

Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dinobatkan sebagai ‘Bapa Malaysia’ atas sumbangan beliau dalam isu berkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Memetik laporan Harian...

Dunia

Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang tawanan Israel memberikan sepucuk surat buat Briged Al-Qassam sebagai tanda penghargaan. Menerusi sepucuk surat yang telah mula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.