Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pernah Sama Berjuang, Tun Mahathir Sedih Atas Pemergian Tun Daim

Tun Dr. Mahathir meluahkan rasa sedih berhubung pemergian sahabatnya, Tun Daim Zainuddin yang menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

“Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa, negara dan agama,” tulisnya menerusi satu kenyataan di laman X.

Bekas perdana menteri itu juga berkata, Tun Daim sepatutnya disanjung kerana sumbangan terhadap bangsa, negara dan agama.

Foto: X @chedetofficial

Beliau meluahkan perasaan kecewa bagaimana Tun Daim dilayan pada akhir kehidupannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya Allah. Adililah Daim berasaskan keadilan.
“Berikanlah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.

Terdahulu, Tun Daim yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan di era pemerintahan Tun Mahathir, disahkan meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Difahamkan, veteran politik dan ahli perniagaan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital tersebut pada minggu lalu susulan serangan strok.

Foto: Carian Google

Menerusi panggilan eksklusif bersama Astro AWANI, Tun Mahathir berkata, kehilangan Tun Daim bukan sekadar kehilangan seorang bekas Menteri Kewangan, tetapi insan yang telah memainkan peranan besar dalam perjalanan kerjayanya sebagai pemimpin negara.
“Daim bukan seorang ahli politik, malah tidak berminat menyertai kerajaan.
“Namun, ketika saya memerlukan seorang Menteri Kewangan yang berwibawa, saya tidak ragu untuk memilihnya.
“Daim menggalas amanah itu dengan jujur walaupun bukan wakil rakyat.
“Beliau memberi sumbangan yang besar kepada negara dan memberikan banyak nasihat yang saya hargai,” luahnya.

Foto: Focus Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Tun Mahathir turut mengimbau kesediaan Allahyarham untuk berundur sebaik calon yang sesuai dikenal pasti, dan kesediaannya kembali menyumbang ketika negara memerlukan khidmatnya buat kali kedua.
Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh jarang ditemui, seorang anak Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan dari awal, dan setia menyumbang kepada bangsa dan negara.
Pada masa sama, beliau berharap agar jasa dan sumbangan Allahyarham dihargai dan agar masyarakat tidak mudah menilai seseorang hanya berdasarkan kekayaan yang dimilikinya.
Sumber: X @chedetofficial, Astro Awani (Amirul Aiman)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Alias Awang, 44, merupakan bekas pekerja pembinaan yang didakwa diserang empat individu termasuk seorang kerabat diraja menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal...

Spotlight

Pelakon Song Jae-rim ditemui meninggal dunia pada usia 39 tahun, di apartmennya di Seoul, oleh seorang rakan yang sepatutnya keluar makan tengahari bersama petang...

Lokal

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki...

Politik

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd