Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Tingkat Pemantauan, Asingkan Penginapan Penuntut Senior Dan Junior UPNM

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengambil inisiatif meningkatkan pemantauan dan mengasingkan tempat penginapan penuntut senior serta junior dalam menangani kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penginapan antara pelajar tahun satu dengan pelajar senior diasingkan dan ‘roll call’ antara pelajar terbabit juga diasingkan bermula Oktober lalu.

Foto: Sinar Harian

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan secara berperingkat sejak Januari lalu yang bermula dengan pemasangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap blok penginapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika keadaan menjadi tidak terkawal, saya hanya berkongsinya sebagai contoh dan tidak mengatakan ia akan berlaku (sekali lagi), tetapi mereka boleh membuat ‘roll call’ setiap masa walaupun pada jam 2 pagi atau 4 pagi.
“Apabila panggilan dibuat, mereka perlu memakai pakaian seragam dan membawa senjata serta perlu beratur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Integriti 2024 peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Foto: Facebook Bernama Radio

Mohamed Khaled turut menyatakan buat masa ini tiada keperluan untuk meletakkan warden di setiap asrama ALK UPNM.

“UPNM adalah sebuah universiti yang bukan hanya menampung keperluan MINDEF dengan memberi tempat kepada kadet tetapi juga mempunyai penuntut awam lain.
“Kalau berlaku pelanggaran disiplin dalam universiti maka itu tanggungjawab pihak itu tapi semua (dua kes buli) berlaku semasa di asrama ALK dan semasa latihan ketenteraan.
“Jadi tidak wajar untuk melabelkan UPNM dengan pelbagai nama kerana ini berlaku dalam ALK di bawah MINDEF,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Nurul Hidarina meluahkan dakwaan berhubung gangguan berulang yang dialami keluarganya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Khamis, yang menurutnya...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd