Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Penunggang Basikal Selesai Beri Keterangan Polis, Mahu Berdamai Dengan Pemandu Bas

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung kejadian tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Penunggang basikal sudah membuat laporan

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @slmanfrish memuat naik satu kenyataan ringkas malam tadi, memaklumkan telah membuat laporan selain memberi kenyataan kepada pihak polis.

penunggang basikal

Foto: IG slmanfrish

“Settled with giving statements, report has been made too. IO asked to turn down all postings. Both parties were at fault. We’re trying to make peace in both ends,” tulisnya.

Menerusi kenyataan itu, Slman berkata, dia dinasihatkan untuk tidak lagi memuat naik sebarang posting berkaitan kejadian itu serta mengakui kesilapan kedua-dua pihak, dan mereka kini sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut secara damai.

Artikel lain:Lelaki Dakwa Pemandu Bas Cuba Himpit, Tendang Rakan Ketika Aktiviti Berbasikal

Terdahulu, kejadian yang berlaku sekitar jam 9.35 pagi Ahad lalu itu menarik perhatian ramai selepas video berdurasi lebih satu minit dimuat naik oleh Slman menunjukkan sebuah bas RapidKL didakwa memandu secara berbahaya dan menghimpit sekumpulan rakan pengayuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
penunggang basikal

Foto: FB Lawak Pecah Perut

Rakaman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, namun secara mengejutkan kebanyakan komen dan perbincangan di media sosial dilihat lebih memihak kepada pemandu bas.

Penunggang basikal dalam video tersebut menerima kecaman hebat, dengan ramai pengguna internet mempertikaikan tindakan mereka menunggang dalam kumpulan besar di atas jalan raya yang sibuk.

Ada juga yang menggesa pihak berkuasa agar mengetatkan peraturan berkaitan aktiviti berbasikal di jalan awam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sumber: Instagram @slmanfrish

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Lokal

Hasrat seorang pekerja ladang untuk menyertai Himpunan RXZ 7.0 di Terengganu bertukar tragedi apabila mengalami kecelakaan jalan raya di kilometer 21 Jalan Pekan-Nenasi, Rompin,...

Dunia

Dunia kehakiman dan jutaan pengikut di seluruh dunia berdukacita apabila hakim yang dikenali dengan sifat belas kasihannya, Frank Caprio meninggal dunia dengan pada usia...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperhebat kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan swasta demi memperkasa sosioekonomi veteran tentera.  Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd