Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dorongan Emosi & Pengaruh Media Sosial Jadi Punca Suspek Tikam Pelajar Perempuan

Kes tikaman pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai berpunca daripada dorongan emosi dan pengaruh media sosial, menurut siasatan awal pihak polis.

Dipercayai berpunca kerana pengaruh media sosial antara

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menyatakan  hasil siasatan mendapati dua faktor itu menjadi punca utama remaja lelaki berusia 14 tahun tersebut bertindak sedemikian.

“Siasatan lanjut berkaitan punca kejadian ini masih dijalankan, namun dipercayai suspek bertindak demikian akibat dorongan emosi dan pengaruh media sosial.
“Siasatan turut mendapati suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum kejadian berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Pengaruh Media Sosial

Suspek tiada masalah mental, dorongan emosi & pengaruh media sosial

Menurut beliau, suspek tidak mempunyai sebarang masalah mental, namun akan dirujuk untuk penilaian psikiatri selepas siasatan selesai dan kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Semakan turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod salah laku disiplin di sekolah,” katanya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Tikam Pelajar : Suspek Beli Senjata Dalam Talian, Sudah Miliki Sejak Sekian Lama

Setakat ini, seramai 57 individu termasuk pelajar, guru serta ahli keluarga suspek dan mangsa telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Polis juga telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan menyeluruh kes yang mengejutkan banyak pihak itu.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd