Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemuda Cina Mahu Pindah Terengganu, Nak Hidup Macam Orang Melayu – “Jangan Risau, Saya Tak Minum Arak”

Seorang pemuda berbangsa Cina dari Johor menarik perhatian ramai apabila berkongsi hasratnya mahu berpindah ke sebuah kampung di Terengganu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Vchew Oh berkata, tujuannya adalah untuk menjalani kehidupan seperti orang Melayu sepenuhnya, menyelami budaya tempatan, dan keluar daripada zon selesa yang selama ini dibiasakan dengan komuniti Cina.

Dia menjelaskan bahawa setelah kembali dari Australia, dirinya mula merenung semula gaya hidupnya kerana banyak tinggal di kawasan komuniti Cina di Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Kali ini, Vchew Oh ingin pengalaman berbeza dengan tinggal di persekitaran majoriti Melayu, belajar hidup kampung dan berinteraksi secara dekat dengan penduduk tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya baru balik dari Australia. Bila balik Malaysia, saya mula reflect tentang hidup saya. Sepanjang hidup saya, kebanyakannya saya tinggal di kawasan komuniti Cina, di Johor, KL, dan Selangor.
“Tak ada apa yang salah dengan itu. Tapi kali ini, saya rasa nak cuba sesuatu yang berbeza. Saya nak keluar dari comfort zone. Saya nak tinggal di tempat yang majoritinya orang Melayu, supaya saya boleh betul-betul experience budaya Melayu,” tulisnya baru-baru ini.

Dia memilih Terengganu kerana negeri ini mempunyai populasi Melayu yang sangat tinggi, dan beliau yakin ia adalah tempat terbaik untuk merasai budaya Melayu secara autentik. Beliau bercadang untuk tinggal selama tiga bulan, dengan kemungkinan melanjutkan sehingga enam bulan jika serasi.

“Kalau saya serius nak immerse diri dalam budaya Melayu, this is the place. Terengganu, negeri di mana hampir 97% penduduknya adalah orang Melayu dan mempunyai peratusan dan kepadatan penduduk Melayu yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.” ujarnya.

Selain itu, Vchew Oh tidak keberatan tinggal bersama penduduk tempatan termasuk pak cik dan mak cik di kampung, dan menegaskan bahawa dirinya seorang yang menjaga tingkah laku.

“Kalau boleh, saya nak kampung Melayu yang paling kampung sekali. Kalau ada bilik kosong di kampung Terengganu, saya sangat berminat untuk sewa.
“Saya tak kisah tinggal dengan pak cik dan mak cik. Honestly, itu lagi best. Jangan risau, saya orang baik. Tak minum arak. Tak buat bising. Tak kacau orang,” jelasnya.

Selepas perkongsian di group RUMAH& BILIK SEWA KUALA TERENGGANU/ KUALA NERUS itu, hasratnya menerima sambutan daripada masyarakat, termasuk cadangan tempat tinggal dan tawaran pekerjaan.

Malah, Vchew Oh mengakui terharu dengan sokongan tersebut, dan rasa bersyukur dengan keikhlasan komuniti Melayu di Terengganu.

“Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana mahu membalas semua mesej yang saya terima sejak beberapa hari ini. Komen, cadangan, DM, malah ada juga yang menawarkan tempat tinggal serta pekerjaan…
“Semuanya datang bertubi-tubi. Tetapi saya mahu semua orang tahu satu perkara. Saya benar-benar rasa sangat sangat bersyukur.” kata Vchew Oh.

Sementara itu, dia juga masih mengekalkan fleksibiliti dalam perancangannya termasuk kemungkinan untuk berkemah atau tidur dalam kereta sementara mencari tempat tinggal, sambil bertanya kepada orang Terengganu tentang keselamatan.

“Buat masa sekarang, rancangan saya masih agak terbuka. Saya mungkin akan datang dahulu ke Terengganu dan melihat keadaan di sana.
“Malah saya ada terfikir mungkin untuk camping atau tidur dalam kereta beberapa hari sementara mencari tempat yang sesuai untuk tinggal. Cuma saya ingin bertanya juga kepada orang Terengganu: is it safe to do that in Terengganu?” soalnya.

Dalam masa yang sama, pemuda berkenaan mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Ramadan kepada masyarakat dan mendoakan agar semua urusan dipermudahkan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua yang sedang menjalani Ramadan. Walaupun kita sudah hampir separuh perjalanan bulan ini, saya doakan semoga ibadah puasa kita semua dipermudahkan dan diterima.
“Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan dan semoga rezeki kita semua dimurahkan. Terima kasih sekali lagi kepada orang Terengganu dan juga seluruh rakyat Malaysia. Saya benar-benar menghargai kebaikan anda semua. Jumpa di Terengganu nanti,” jelasnya lagi.

Sumber: Facebook group RUMAH& BILIK SEWA KUALA TERENGGANU/ KUALA NERUS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Spotlight

Pasangan sensasi Hollywood, Zendaya dan Tom Holland dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga selepas penata rias peribadi Zendaya, Law Roach mendedahkan perkara itu di acara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd