Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Pelajar UiTM Dengkil Buat Perarakan Tiru Ideologi Luar

Tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dengkil didakwa melakukan perarakan menyerupai Ku Klux Klan (KKK) Parade yang dianggap satu tindakan tidak bermoral.

KKK merupakan perarakan dipelopori oleh organisasi ekstremis kulit putih yang berasal dari Amerika Syarikat. Upacara ini terkenal dengan ideologi perkauman, antisemitisme, dan penentangan imigran Katolik bahkan ia diisi dengan ucapan menghasut kepada kebencian dan keganasan.

UiTM Dengkil perarakan tiru ideologi luar

UiTM Dengkil

https://x.com/YuenA_9/status/1911680543290495389

Menerusi perkongsian seorang pengguna platform X @YuenA_9, memaparkan sekumpulan pelajar yang menyerupai ahli klan mengenakan pakaian jubah putih bertopeng sambil membawa poster salib dan kain rentang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelajar UiTM Dengkil buat upacara  KKK Parade dan orang ramai menonton dengan rasa terhibur tanpa seorangpun yang memberhentikan tindakan mereka,” tulisnya pada Isnin.

Sementara itu, ciapan tersebut bagaimanapun menerima respons balas daripada seorang pelajar UiTM Dengkil yang mendedahkan bahawa perarakan itu hanya tugasan bagi memenuhi keperluan silibus pembelajaran sahajadan  tidak melibatkan sebarang bentuk hasutan serta keganasan.

https://x.com/yapxiang/status/1911738646853730601?s=46

UiTM Dengkil

“Video yang tular itu hanyalah kempen sosial sahaja dan matlamat sebenar adalah soal selidik berkaitan bagaimana orang awam peka terhadap upacara itu dan hasil jawapan daripada apa yang didapati dari aktiviti akan diletak dalam pembentangan nanti.
“Kempen sosial ini sepenuhnya berdasarkan kreativiti pelajar. Tiada rundingan atau plepasan daripada pensyarah diperlukan jadi pensyarah langsung tidak tahu tentang kempen ini.
“Kumpulan ini, sebenarnya telah menjalankan satu tinjauan melalui Google Forms dan melakukan perarakan ini. Aksi mereka mengangkat salib terbakar, dan juga sesi photoshoot, adalah sepenuhnya hasil tindakan mereka sendiri.
“Ini bukan lagi soal kejahilan semata-mata, ini jelas satu bentuk ketidakhormatan dan kebiadaban yang disengajakan.
“Mereka tahu apa yang mereka lakukan, mereka rancang, dan mereka laksanakan tanpa rasa tanggungjawab,” tulis pelajar universiti itu menerusi beberapa tangkap layar.

Artikel lain: Mendunia! Graduan Luar Negara Rakam Momen Konvokesyen Guna Lagu UiTM Di Hatiku

Meninjau ke ruangan komen, warganet mengecam teruk tindakan tersebut kerana tidak bersesuaian untuk dijalankan biarpun menjadi sebahagian daripada tugasan fakulti dan ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana mencemarkan nama baik universiti tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jaga nama baik agama pun susah

UiTM Dengkil

Buat malu nama Dengkil

UiTM Dengkil

Macam mana boleh ada dekat Malaysia

UiTM Dengkil

Setakat artikel ini ditulis, pihak UiTM belum memberikan sebarang kenyataan berhubung video tular tersebut yang membabitkan para pelajarnya.

Sumber: X @YuenA_9, @yapxiang

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd