Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ops Samseng Jalanan: Pelajar Sekolah Menengah Antara Yang Ditahan Positif Bahan Terlarang

Beberapa pelajar sekolah menengah antara individu yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan Station 18, Pasir Puteh di mana lokasi yang sering dikaitkan dengan aktiviti geng rempit.

Pelajar 16 tahun positif bahan terlarang

pelajar

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, operasi yang berlangsung selama 12 jam bermula tengah malam Ahad itu melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Artikel lain: Lima Pelajar Mengaku Bersalah, Tunggang Motosikal Secara Berbahaya Sehingga Halang Ambulans

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, seramai 335 individu berusia 15 hingga 42 tahun diperiksa, dan antara yang berada di lokasi ialah pelajar sekolah menengah serta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kehadiran golongan remaja dalam aktiviti sedemikian menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa.

pelajar

Foto: Sinar Harian

Daripada 197 kenderaan yang diperiksa, 30 motosikal disita atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang lelaki turut ditahan kerana menunggang secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pelajar

Foto: Sinar Harian

Sepanjang operasi, pihak berkuasa turut mengeluarkan 158 saman trafik, 82 saman dan notis JPJ, serta 11 kompaun dan notis JAS. AADK pula mendapati 11 individu positif dadah, termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.

Menurut Datuk Noor Hisam, PDRM akan meneruskan operasi bersepadu seumpamanya bagi mengekang penglibatan golongan muda dalam aktiviti samseng jalanan.

pelajar

Foto: Sinar Harian

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil untuk mencegah kemalangan jalan raya dan menghapuskan kegiatan yang berisiko tinggi melibatkan remaja.

Pihak polis turut mengingatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam aktiviti yang boleh mengundang bahaya.

pelajar

Foto: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd