Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar MRSM Dilapor Hilang, Enggan Pulang Ke Asrama

Seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pekan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan keluarga, dipercayai kerana enggan kembali ke asrama.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang bernama Anasc Baihaqi Miqdad Johari, 13 tahun disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 4 petang semalam apabila mendapati remaja itu tidak berada dalam bilik tidur.

Foto: Astro Awani

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, kali terkahir mangsa dilihat berada di rumah adalah sekitar pukul 3:30 petang.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pengadu menyedari anaknya tiada lalu mencarinya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal dikesan,” katanya.

Menurut beliau semakan awal mendapati remaja berkenaan memakai kemeja-T merah, seluar trek hitam dan kasut sukan jenama Puma ketika keluar dari rumah.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini pernah menyuarakan keengganan untuk pulang ke asrama kerana tidak sanggup berjauhan daripada keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: freemalaysiatoday

“Dia juga didapati membawa bersama telefon bimbit milik adiknya, yang masih boleh dihubungi namun tiada sebarang jawapan. Remaja itu turut membawa kasut sukan, beg galas sekolah dan wang tunai kira-kira RM200,” ujarnya.

Difahamkan, Anas sebelum ini pernah meluahkan rasa keberatan untuk kembali ke asrama kerana sukar berjauhan daripada keluarga. Ini merupakan kali pertama dia dilaporkan hilang.

Polis kini giat menjalankan siasatan dan usaha mengesannya sedang dipergiatkan, dan jika orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd