Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Peguam Tahan Diri Ulas, Tunggu Laporan Bedah Siasat Rasmi

Peguam yang mewakili keluarga mendiang Zara Qairina Mahathir memutuskan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hasil bedah siasat remaja itu sehingga laporan rasmi dikeluarkan pihak hospital.

Elak sebarang percanggahan

Menurut laporan Malaysia Gazette, dalam kenyataan bersama malam tadi, peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi berkata langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang percanggahan antara maklumat lisan yang diterima mereka dan ibu mangsa selepas prosedur tersebut dengan laporan rasmi yang akan dikeluarkan kelak.

peguam

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, memang terdapat kecederaan yang ditemui pada tubuh Zara Qairina ketika proses bedah siasat,” katanya.

Kedua-dua peguam itu turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana mengarahkan polis memohon perintah bagi menggali semula kubur mendiang untuk menjalankan bedah siasat kali kedua, yang dilaksanakan kelmarin.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: ‘Ada Patah, Ada Kecederaan’ – Peguam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga berterima kasih kepada pihak polis yang memastikan kawalan rapi sepanjang proses penggalian dan bedah siasat tersebut, serta menghargai kehadiran media yang membuat liputan dari tanah perkuburan hingga ke Hospital Queen Elizabeth I sejak pagi hingga malam.

Prosedur bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I itu mengambil masa kira-kira lapan jam, bermula jam 11 pagi dan selesai pada 8 malam dengan kehadiran peguam Shahlan Jufri atas permintaan keluarga.

peguam

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Beliau meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada keesokan harinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Khuzairi Ismail)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Sosial

Sebuah video tular di media sosial meruntun hati ramai apabila seorang lelaki berbangsa India dilihat menggigil ketakutan sambil merayu meminta bantuan di dalam tren...

Lokal

Polis mengesahkan penyebaran maklumat serta gambar pelajar yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina yang dikongsikan oleh pihak tertentu di media sosial adalah tidak sahih....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd