Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Peguam Kotak Pensel Kena Serangan Jantung, Kini Dirawat Di ICU

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung tengah hari semalam.

Isteri Peguam Kotak Pensel kongsi keadaan suami

Berita itu dimaklumkan isterinya, Datin Raja Adzfa Wati Raja Adzman, menerusi siaran langsung di TikTok peguam berkenaan.

Dalam rakaman itu, Ahmad Zaharil kelihatan stabil meskipun terlantar di katil hospital dan percakapannya kurang jelas ketika cuba menjawab pertanyaan pengguna yang masuk ke ‘live’.

“Ya, Datuk (Ahmad Zaharil Muhaiyar) ada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sekarang disebabkan serangan jantung,” katanya.

Peguam Kotak Pensel sedang terima rawatan

Raja Adzfa turut berkongsi foto suaminya di hospital menerusi akaun TikTok ‘Kak Engku Effa’ sambil memohon doa orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kepada sahabat maya saya sekalian, tolong doakan suami saya (Tok Mat) sembuh seperti sedia kala.. heart attack (serangan jantung).
“Anugerahkanlah kesembuhan kepada suamiku ya Allah agar dia boleh terus berbakti kepada orang yang memerlukannya,” tulisnya.

Hantaran tersebut menerima lebih 5,000 komen daripada warganet yang mendoakan kesembuhan Ahmad Zaharil.

peguam kotak pensil

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Peguam Tertuduh Tidak Dibenarkan Jadi Pihak Berkepentingan

Sekadar info, beliau digelar ‘Peguam Kotak Pensel’ selepas kisahnya membela seorang wanita India yang dituduh mencuri kotak pensil pada 1998 kembali tular pada 2023.

Kisah penuh keinsafan itu membuatkan namanya dikenang sebagai peguam berhati mulia yang membela golongan susah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok Kak Engku Effa

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd