Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor memandang serius isu tular yang memaparkan seorang pegawai dipercayai merokok ketika menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi, SUK Selangor memaklumkan Ketua Jabatan berkaitan telah mengarahkan pegawai tersebut memberikan penjelasan bertulis melalui Surat Tunjuk Sebab (STS) sebagai tindakan awal siasatan dalaman.

Foto: Sinar Harian
Menurut kenyataan itu, penjawat awam wajib menunjukkan teladan yang baik, menjaga imej perkhidmatan serta mematuhi tatacara penggunaan aset rasmi.
Artikel lain: Counter Setting: 20 Pegawai Imigresen Sudah Dibuang Kerja, 227 Lagi Disiasat
“Perbuatan sebegini bukan sahaja menjejaskan nama baik jabatan, malah bercanggah dengan prinsip integriti dan tanggungjawab awam seperti digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.
Tambah kenyataan itu, semua penjawat awam diingatkan supaya mengelakkan tingkah laku yang boleh mencetuskan persepsi negatif masyarakat pentadbiran terhadap kerajaan negeri.
SUK Selangor menekankan bahawa sebarang perlanggaran disiplin akan diuruskan melalui mekanisme tatatertib sedia ada dan pihaknya komited memastikan profesionalisme serta intergriti awam negeri terus berada pada tahap terbaik.
Sumber: Facebook @Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
